Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Isu pendakwah selebriti semakin hangat diperkatakan setiap hari. Dikatakan golongan ini menjadikan agama sebagai tempat untuk menutup kelemahan mereka walhal ia menampakkan lagi kelemahan mereka.
Dilahirkan dalam program realiti, rata-rata masyarakat tidak bersetuju dan berharap program sebegitu tidak diteruskan di masa hadapan. Dan terbaru muncul pula seorang lagi cerita penceramah bebas kelahiran dari program berkenaan berlaku cuurang dengan isteri.
USTAZ SELEBRITI YANG BARU TAK KURANG HEBATNYA
Bagai tiada kesudahan, golongan sebegini seolah-olah merosakkan imej agama dan sekali gus menyebabkan kurang kepercayaan netizen kepada mereka. Kisah ini didedahkan sendiri oleh isteri pendakwaah berkenaan yang dirahsiakan identitinya.
Pendedahan ini dibuat disebabkan isteri sudah tidak dapat menahan rasa dan juga pendertaan selama empat tahun bersama ustaz selebriti yang dimaksudkan. Jelas wanita berkenaan, emosinya sangat tertekan dengan segala perbuatan suami yang memonopoli dirinya.
KANTOI HANTAR GAMBAR BERAHI
Bukan itu sahaja, suaminya juga kerap kali kantoi dengan wanita lain melalui aplikasi whatsapp. Jelas wanita ini lagi, dia bukan ingin meraih publisiti ataupun mengaibkan suami. Niatnya hanya ingin memberi peringatan kepada wanita lain di luar sana agar tidak terpedaya.
Bayangkan seorang ustaz mampu berkelakuan tidak senonoh dengan meminta adengan panas bersama wanita lain. Rakaman tersebut masih disimpan oleh wanita berkenaan di dalam telefon miliknya sebagai bahan bukti kelak.
DAH BERKALI-KALI KANTOI DENGAN ISTERI
Menjadikan agama sebagai tunggangan dan mengorat wanita di laman instagram. Jelas isteri ustaz selebriti itu lagi, perkara ini bukan pertama kali terjadi, dia dan bekas teman wanita dilihat berkali-kali bertukar gambar berahi.
Pada awalnya dia memaafkan perbuatan si suami dengan harapan ada sinar baru buat mereka namun sangkaan itu meleset. Dia dilihat menggunakan platform IG dan menegur wanita secara rawak dan membawa gelaran selebritinya untuk memperdaya.
SEMOGA SEDAR, JANGAN GUNA GELARAN AGAMA
Apa pun, status ustaz selebriti dan isteri masih dirahsiakan demi keselamatan rumah tangga mereka. Cuma apa yang diharapkan, bagi golongan yang mempergunakan agama perlu sedar sebelum terlambat. Jangan disebabkan perkara sebegini merosakkan lagi nama dimata netizen.
Justeru, bukan semua berpewatakan sedemikian. Ianya atas kehendak masing-masing dalam menjaga diri sendiri.
Kredit: mStar Online