Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sejuk perut ibu! Ozlynn, Johan kongsi sayup sayup anak sulong baca Quran buat netizen berasa kagum

Rumah tangga Johan dan juga Ozlynn Wati sering menjadi perhatian ramai. Ini berikutan kebahagiaan yang ditunjukkan mereka menjadi contoh yang baik kepada umum. Tak kurang hebatnya, didikan agama kepada anak-anak turut tidak diabaikan.

Meskipun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing, pasangan selebriti ini masih sempat menguruskan hal rumah tangga dan juga dilihat meluangkan masa untuk solat berjemaah dan juga mengaji al-Quran bersama-sama.

TERAPKAN ILMU AGAMA DALAM DIRI ANAK-ANAK

Anak sulong mereka iaitu Ariq menarik perhatian peminat sekali lagi apabila Ozlynn berkongsikan kisah peribadi yang dimiliki anak terunanya itu. Bukan sekadar ringan tulang, Ariq dilihat tidak lupa dengan agama dan jadikan al-Quran sebagai naskah bacaan utama.

“Dia ketuk bilik nak subuh kat masjid. Kita ckp mama boleh anta.. Dia ckp xpe la cuba call pakcik dia (adik aku) so aku pun teruskanlah urusan aku dlm bilik.. 6.20am mcm terfikir.. mane anak aku.. jadi ke pergi masjid.. skali dgr sayup2 suara org mengaji.. puas cari.. rupanya dalam bilik game..”

Sumber Instagram

MENGAJI DALAM BILIK GAME

“Dia ckp x dpt pegi masjid.. pakcik dia x jwp fon.. so dia solat n mengaji kat umah jek.. aku ckp nape x bgtau.. aku boleh anta.. dia jawap.. xnk ganggu mama.. ingat mama nak rehat.. pastu moleiq n chantiq tdo kat ruang tamu.. so abg mengaji kt sini..anak bertuah..”

“Moga Allah lindungi kamu abg Ariq. Kamu nih anak yg soleh. Merasa semua kesusahan dgn mama n papa. Moga Allah terangkn hati kamu dgn Al Quran, sihatkn kamu dgn ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu utk atasi ujian, dan ambil kamu di saat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan..”

Sumber Instagram

“Terima kasih Allah utk “pinjaman berharga” ini.. Doa aku xkan putus utk dia..” Kongsi Ozlynn di instagram kepada umum.

BUKAN MUDAH DIDIK ANAK DI ZAMAN HIPOKRIT

Sejujurnya bukan mudah untuk mendidik anak-anak ke arah kebaikan apatah pula dengan zaman yang penuh hipokrit kini. Namun ia bukan bermaksud ibu bapa boleh melepas tangan dan biarkan hala tuju mereka berlalu begitu sahaja.

Sumber Instagram

Semoga dengan perkongsian dari Ozlynn ini membuka mata para ibu bapa tentang kepentingan didikan dan kasih sayang dengan cara yang betul kepada anak-anak. Kita adalah cermin kepada sikap anak apabila mereka dewasa kelak.

Sumber:Instagram jozlynnhanania

Kongsi artikel ini: