Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Saling tak tumpah! Neelofa jumpa kembar cilik dapat perhatian rakan artis. Jadi pengganti hos MeleTop

Nama Neelofa tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sekadar berbakat dalam lakonan dan mengacara, malah selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini turut bijak menggunakan peluang dalam urusan perniagaan sehingga banyak jenama luar ingin kolaborasi bersamanya.

Sebelum ini, heboh di laman Twitter apabila seorang wanita memuat naik gambar seorang kanak-kanak bernama Naura Auni. Adik Naura ini menjadi perhatian kerana wajah dan penampilan bertudungnya sama dengan pengacara MeleTop, Neelofa.

Sumber Instagram

JUMPA KEMBAR CILIK, NEELOFA RASA TERUJA

Saling tak tumpah, twit tersebut mendapat perhatian Neelofa sendiri. Malam tadi, rancangan MeleTop membawakan khas adik Naura ke atas pentas untuk pertemukan dengan Neelofa sendiri. Bagai tidak percaya, Neelofa sendiri akui wajah adik Naura sama sepertinya sewaktu kanak-kanak.

Tidak melepaskan peluang, Neelofa turut mengambil gambar bersama kembar ciliknya itu dan memuat naik ke laman instagram miliknya sebagai tanda ingatan dan kagum kecantikan yang dimiliki oleh si cilik ini. Dikatakan adik Naura berasal dari Kelantan iaitu dari Tanah Merah sebelah emaknya.

Sumber Instagram

DISEMBER ADALAH BULAN TERAKHIR NEELOFA BERSAMA MELETOP

Sebelum ini Neelofa mengumukan bahawa bulan Disember adalah terakhir kalinya dia bersama MeleTop. Penarikan diri ini disebabkan komitmen kerja dan juga penglibatannya bersama program lain di bawah kelolaan Astro sendiri.

BACA: Buat netizen tergamam! Neelofa buat pengumuman mengejut keadaannya bersama MeleTop

Sehingga kini pengganti pengacara masih menjadi tanda tanya ramai pihak. Neelofa sempat berseloroh mengatakan akhirnya rancangan MeleTop telahpun menemui penggantinya iaitu adik Naura ini.

“mini ME ! They finally found the new host for @meletop.” Tulis Neelofa di ruangan kepsyen.

Sumber Instagram

DAPAT PERHATIAN RAKAN ARTIS

Perkongsian Neelofa di instagram ini secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi dari pengikutnya. Tidak terlepas rakan artis seperti Tok Ti, Shuib Sepahtu, Daphne Iking, Farah Fauzana dan ramai lagi yang memuji dan bersetuju bahawa mereka mempunyai sifat yang sama.

Sumber Instagram

Boleh dikatakan kembar lain emak! Bila muka dah sama, jadi diharapkan agar adik Naura membesar dengan baik dan berjaya seperti mana dimiliki oleh Neelofa kini.

Sumber: Instagram Neelofa

Kongsi artikel ini: