Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jodoh dan pertemuan semua terletak di tangan Tuhan. Sehebat mana kita merancang, jika Tuhan tidak mengizinkan tetap tidak akan berlaku. Namun jangan sesekali berprasangka buruk dengan ketentuanNya. Ada asbab kenapa ia ditangguhkan ataupun menghalangnya.
Yang penting kita muhasabah diri dan minta petunjuk yang baik-baik. Dalam hal perkahwinan terutamanya, kita sering kali mendengar kisah pasangan yang dah siapkan bermacam-macam persediaan namun putus di tengah jalan.
BEKAS TUNANG PERLU BAYAR SAAMAN
Mungkin kisah yang dikongsikan ini aneh namun ianya sebagai pengajaran kepada mana-mana pasangan yang buat main dengan janji untuk berkahwin. Kisahnya adalah lelaki ini yang dikenali sebagai Ezrin di laman twitter menfailkan samaan kepada bekas tunang.
Hampir 3 tahun kisah mereka bersidang di mahkamah dan akhirnya ia memihak kepada Ezrin. Susulan dari itu, bekas tunangnya perlu membayar tuntutan samann sebagai mana diarahkan pihak mahkamah.
BATALKAN PERKAHWINAN, PENGANTIN LELAKI TANGGUNG RUGI
Ezrin mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah disebabkan bekas tunangnya membatalkan perkahwinan tanpa sebab yang munasabah. Justeru, dia terpaksa menanggung kerugian persiapan RM 30k untuk segala perbelanjaan.
Tambah Ezrin lagi, bukan niatnya untuk memalukan bekas tunangnya tetapi memberi pengajaran kepada dia dan orang ramai supaya kisah sebegini jangan dipandang remeh. Biarpun hanya melukakan hati, tetapi tanpa sebarang alasan yang munasabah boleh memberi kesan sangat dalam.
LELAKI BUKAN PUNCHING BAG
Melihat kepada respon pengikutnya di laman Twitter, ramai yang bersimpati kepada Ezrin kerana gagal dalam hubungan sebelum ini. Namun mereka bersetuju dan mengucapkan tahniah dengan tindakan berani membawa kisahnya ke muka pengadilan.
Tambah netizen lagi, masih ada segelintir perempuan yang menjadikan lelaki sebagai punching bag buat sesuka hati. Apa pun semoga kisah Ezrin ini dapat menjadi contoh dan juga peringatan kepada kita semua bahawa undang-undang itu ada untuk kita.
Sumber: Twitter Ezrin