Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan juga pelakon Elly Mazlein kerana selamat mengigat tali pertunangan semalam dengan jejaka pilihan iaitu Mohamad Azlan. Biar pun hanya majlis pertunangan, ianya disambut dengan penuh meriah dan gah mengalahkan raja sehari.
Disapa soal perasaan, Elly Mazlein atau selesa disapa Kak Lina Pom Pom berkongsikan rasa terharu dan tidak menyangka masih ada ruang untuknya rasa bahagia seperti sekarang. Perasaan bahagia yang dimiliki ini turut dapat dirasai oleh anaknya yang sudah lama dahagakan kasih sayang.
AZLAN BERJAYA MEMIKAT BAPA DAN JUGA ANAK
Tambah Kak Lina, pasangannya yang merupakan seorang cikgu bukan sekadar berjaya memiliki hatinya malah bapanya sendiri turut berkenan dengan Azlan ini. Tambah Kak Lina, tiada apa lagi yang perlu dikejar dalam hidupnya kini kerana berjaya dianugerahkan pasangan bertanggungjawab.
Sehingga kini, Kak Lina masih merahsiakan wajah jejaka yang berjaya menawan hatinya itu. Jelas Kak Lina, Azlan merupakan seorang yang pemalu maklum lah bukan dari golongan orang seni. Namun dia berjaya memujuk tunangnya itu untuk tampil di depan umum pada majlis berinai kelak.
ADA TIGA LAGI MAJLIS YANG DIRENCANAKAN
Difahamkan setelah melalui dua majlis terdahulu, pasangan ini akan mengadakan tiga lagi majlis iaitu malam berinai, majlis akad nikah dan terakhir bersanding. Semua majlis ini adalah rancangan daripada Azlan sejak awal pendedahan penyatuan mereka.
BACA: 5 majlis ini dirancang bakal suami! Elly Mazlein dedahkan bakal tamatkan zaman MAK JAN
BAKAL SUAMI SEORANG YANG PEMALU
Kak Lina memberitahu Azlan merupakan seorang yang sangat pemalu. Sebelum ini tunangnya itu ada juga menemaninya ke set penggambaran namun bermacam cara dipujuknya baru lah Azlan bersetuju berbuat demikian.
Dilaporkan pasangan merpati dua sejoli ini bakal melangsungkan majlis akad nikah pada 18 Januari 2020. Semoga usaha mereka ke arah kebaikan ini dipermudahkan segala urusan. Diharapkan Azlan mampu menjaga Kak Lina sebagai mana diharapkannya.
Sama-sama kita nantikan detik bahagia pasangan ini dan doakan yang terbaik buat mereka. Tahniah Kak Lina!
Sumber: Instagram Elly Mazlein