Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Fattah Amin kian pudar di kaca mata media setelah bergelar suami. Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin dilahirkan pada 14 September 1990 dan mula berkecimpung dunia seni menerusi Hero Remaja 2011/2012.
Fattah Amin sebelum ini sangat terkenal dengan watak romantik yang dibawanya dalam setiap drama sehinggakan menjadi fenomena sebelum ini dalam kalangan peminat wanita. Pernah dikritik lakonan macam kayu, ianya tidak menjatuhkan semangat pelakon kacak ini untuk terus maju.
TAWARAN SENTIASA ADA, CUMA LEBIH MEMILIH
Seperti penulis katakan pada awal, Fattah mula jarang dilihat sejak akhir-akhir ini sehinggakan ada yang mengatakan dia dikunci oleh isteri. Biarpun pelbagai macam diperkatakan, Fattah tampil menjelaskan yang dia lebih berhati-hati dalam pemilihan watak lakonan.
Jelas suami Fazura ini, dia masih menerima tawaran berlakon tetapi Fattah cenderung untuk menapis dalam pemilihan naskah lakonan. Tambahnya dia ingin cuba sesuatu yang baru dan bukan kekal dengan watak romantis seperti dibawa sebelum ini.
WAJAH AKAN MUNCUL SEKALI SETAHUN
Dalam pada itu, Fattah setuju dianggap perlahan dalam seni lakonan kini. Itu adalah pilihannya sendiri yang ingin perlahankan kerjaya seninya selepas bergelar suami. Mungkin dalam setahun, hanya sekali sahaja dia menerima tawaran berlakon dan muncul di kaca TV.
Fattah menafikan dirinya demand memandangkan dia hanya ingin buktikan sesuatu yang berbeza. Mungkin ada antara peminat yang mula bosan melihat wajahnya yang seolah manja dan tidak mencabar.
BAKAL MUNCUL BEBERAPA FILEM TAHUN 2020
Selain itu, Fattah Amin bakal muncul dalam beberapa filem pada tahun hadapan sekali gus membuktikan dirinya bukan lah tidak laku ataupun populariti sudah tenggelam.
Apa pun, bagi penulis akan ada satu peringkat seseorang itu mengubah haluan. Dan tidak salah apa yang dilakukan Fattah ini maklum lah sudah pun mendirikan rumah tangga. Pelbagai tanggungjawab yang perlu dia dahulukan berbanding kerjaya lakonan.
Menjaga kualiti lakonan rasanya lebih baik berbanding kuantiti lakonan semata-mata. Semoga maju jaya buat Fattah dalam setiap perancangan yang direncanakan.
Kredit: Instagram Fattah Amin