Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penyanyi BBNU pujaan hati ramai, Aiman Tino memiliki seorang kakak yang juga bergelar penyanyi iaitu Fara Hazel. Nama sebenar Fara ialah Nurfaraazira binti Yusri dan dilahirkan pada 8 Mei 1996 di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Fara pernah mengeluarkan single sendiri berjudul Setiaku Pasti sekaligus mengangat namanya dan mula dikenali dalam industri. Sejurus kemudian, Fara menyertai program Big Stage namun rezeki tidak menyebelahinya apabila menjadi peserta pertama yang tersingkir.
PERNAH GAGAL DALAM CINTA
Menjengah ke ruang peribadi, penyanyi cantik ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon senior, Erry Putra. Hubungan mereka tidak bertahan lama apabila berakhir secara baik atas dasar tidak dapat restu keluarga.
Tidak terus dengan perasaan kecewa dalam percintaan, Fara mula menemui pengganti sebagai pengubat hati. Jejaka bernama Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin menjadi pilihan dan kini hanya menanti saat untuk disatukan.
SELAMAT MENGINGAT TALI PERTUNANGAN
Tidak menyorokkan status hubungan, mereka berdua telahpun selamat melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Julai lepas. Majlis tersebut hanya diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat sahaja.
Setiap hubungan sudah pasti akan melalui fasa ujian masing-masing. Tidak mahu terlalu lama memegang status tunang, Fara dan pasangan dilihat berkongsikan detik pre wedding mereka di laman instagram.
PILIH TEMA CINDERELLA SEBAGAI PRE WEDDING
Menanti detik diijab Kabul, mereka tampil dengan tema yang sangat bergaya apabila memilih ala Cinderella dan putra raja sebagai sesi pergambaran. Yang menariknya, diselitkan seekor kuda putih menambahkan lagi keunikan tema pre wedding mereka.
Difahamkan, sesi pergambaran tersebut diadakan di Villa Daniela Tok Bali, Bachok, Kelantan. Fara dilihat sangat menonjol dengan mengenakan gaun biru manakala Tengku Muhammad tampil sut berwarna hitam. Bagai pinang dibelah dua!
Pasangan ini sudah mengenali hati budi masing-masing semenjak tiga tahun yang lalu. Sudah memadai untuk kenal hati budi, mereka memilih untuk mengadakan tiga majlis persandingan sepanjang perkahwinan mereka.
Tahniah penulis ucapkan. Semoga segala perancangan ke arah penyatuan dua hati ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Diharapkan juga perkahwinan yang bakal dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Sumber: Instagram Fara Hazel