Bila dah berkahwin, dugaan yang perlu dihadapi setiap pasangan adalah kewangan. Tidak dapat disorokkan lagi, status kewangan menentukan emosi baik isteri mahu pun suami. Maklum lah dewasa kini segala perbelanjaan semakin meningkat.

KEWANGAN MENDUGA EMOSI PASANGAN

Dalam fasa ini lah, suami dan isteri harus bijak berbelanja dan kekal menyokong pasangan. Di mana emosi mula gelisah dan fikiran mula bercelaru memikirkan tanggungan yang perlu dibayar. Namun, para suami harus ingat bahawa seseorang isteri dan juga anak adalah pembawa rezeki.

Sumber Facebook

Maksud rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Ianya boleh jadi wang ringgit, tubuh badan yang sihat, anak yang bijak pandai dan bermacam-macam lagi. Jadi, jangan rasa berkira atau takut untuk menghulur duit kepada isteri demi kebahagiaan mereka.

Dikenali sebagai Jimmy Johari di laman Facebook ada berkongsikan pengalamannya dalam menghayati maksud sebenar rezeki dari isteri ini. Berikut adalah penulisannya:

SALES TENGAH DOWN, DUIT CUKUP-CUKUP, BINI AJAK KELUAR MAKAN

“Mcm mana nak murah rezeki selain dari bersedekah”. Ko pernah dengar tak isteri tu pembawa rezeki? Pernah feel tak?? Memang la tak pernah kalau ko tak kawin lagi. Kawin dulu baru ko tau.

Bini aku ni kaki makan, asal nampak je benda baru semua nak beli nak cuba padahal benda tu kadang-kadang tak sedap mana pown. Tapi sbb dah dia tekak biawak aku ikutkan. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke.

Sumber Facebook

Aku pernah rase mcm nak je marah bini aku. Sudah-sudah la tu nak makan itu makan ini tapi aku tak sampai hati aku ikutkan jugak.

Aku penah dalam dompet ada RM50 je. Sales tgh down, duit pown cukup-cukup nak restock barang. Time tu jugak la bini aku ajak nak makan dekat kedai mamat Thailand, nak makan siakap.

Aku dah menung dah, dalam dompet ada RM50 je tapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh. Aku ikotkan. Habis burn RM48 hengget makan tapi lepas je habis makan tu ko tau ape jadi???

TUHAN TERUS BUKA PINTU REZEKI

Whatsapp aku bedesup-desup masuk send detail payment, Alhamdulillah boleh senang hati dah. Time tu aku tak perasan lagi. Sehari takde sale termenung aku.

Penah satu hari Whatsapp masuk bersepah-sepah, aku da closing habis baik dah tapi mcm biasa, lepas je bagi harga semua krik kriK. Menung kejap aku, sehari tak de sale padahal Whatsapp masuk bersepah-sepah.

Sumber Facebook

Then mlm tu bini aku cakap ngidam nak mkn dekat TAPAK la, tempat foodtruck byk-byk tu. Aku time tu dekat Shah Alam. Aku dgn mood yg tgh down ni ikotkan jugak la asalkan bini aku seronok tak tarik muka.

BAGAI MAGIC, SEKALI LAGI DAPAT BUAT SALES

Dalam otw nak ke sana magic jadi lagi, Whatsapp cust yg krik-krik siang tadi terus whatsapp mintak detail nak buat pembayaran. Aku tak perasan lagi time ni. Aku buat mcm biasa tapi mmg betul dalam satu mlm tu mmg semua nak buat payment. Memang minggu tu 2x aku restock.

Sampai satu hari baru aku ada terbace dekat wall, ada orang post, “ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI”. Lepas aku bace baru aku hadam ape yg jadi selama ni..”Abg hati tisu…rase sebak plaq”.

Sumber Facebook

Ko tak caya ko try la buat, ko try tak gado dgn bini, ko try cuba ye kan je ape bini ko nak asalkn ape yg die nak tu ko rase masih waras la di fikiran ko..hahahaha. Ok dah aku nk kelua..dan dan la bini lapo nk mkn nsik goreng ayam…k bye.

Itu lah tanggungjawab sebagai suami. Ramai yang tak tahu dan ramai yang takut. Kebanyakan berfikiran bila bagi duit kepada isteri, ataupun keluar berjimba dengan isteri menghabiskan duit semata. Namun tidak sedar bila keluarga bahagia, Tuhan merahmati dan membuka pintu rezeki.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata para suami yang mana masih takut atau kedekut dengan isteri. Sama-sama kita mengamalkan dan mengasihi para isteri selagi mereka masih taat kepada agama dan suami.

Sumber: Facebook Jimmy Johari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here