Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pandang wajah suami, ciumlah tangannya! Ikuti perkongsian rasa Sharnaaz ini, buatkan peminat rasa sebak

Sharnaaz Ahamad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad dilihat cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Noor Nabila. Meski pun dilihat berhadap situasi sukar, seolah-olah Nabila enggan meneruskan hubungan mereka ini.

Sumber Instagram

HUBUNGAN BAGAI TIADA PENYELESAIAN

Selepas mahkahmah menasihat untuk tubuhkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang terdiri dari ahli keluarga terdekat, namun ianya masih tidak menemui kata sepakat. Justeru, mahkamah terpaksa menetapkan agar melaui kaedah timbang tara ataupun hakam dalam kemelut mereka ini.

BACA: Tiada kesudahan, temui jalan buntu! Sharnaaz, Nabila terpaksa melalui proses timbang tara

HARGAI SEORANG SUAMI, YANG TAK PERNAH TERHUTANG BUDI

Terbaru, menerusi laman instagram beberapa jam lepas, Sharnaaz dilihat berkongsikan gambar yang mana memberi nasihat kepada pasangan suami isteri dalam menghargai pasangan masing-masing. Jangan dilupakan yang sempurnakan seseorang itu adalah pasangannya.

Sumber Instagram

“Manusia dilahirkan tak sempurna, tapi yg menyempurnakan adalah pasanganya.. Terbaca ni di feed, tersentuh.. Hidup yg bermakna adalah dgn mencari maknanya hidup.. Renungkan sebelum sy delete. Sebab tak usah dikenangkan barang yg lepas kata org lamaa.” Kongsi Sharnaaz di IGnya.

HIDUP BERPASANGAN SALING MELENGKAPI

Seperti mengambarkan keadaan yang sedang dilalui, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur positif dan memberikan kata-kata semangat buat pelakon kacak ini. Mereka turut bersetuju dengan nukilan ini agar sentiasa menghargai penat pengorbanan suami.

Sumber Instagram

Suami dan isteri mempunyai pengorbanan masing-masing. Namun ramai yang tidak sedar, para suami tidak terlepas dari itu terutama ibu yang membesarkannya. Si suami tidak akan terlepas dari tanggungjawab kepada ibu dan juga isteri pada masa yang sama.

Tetapi, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menerima dan saling melengkapi antara keduanya. Apa pun sama-sama kita doakan agar urusan Sharnaaz dan Noor Nabila dipermudahkan dan bertemu dengan penyelesaian cara baik.

Sumber Instagram

Tiada mana-mana individu yang mendirikan rumah tangga bagi mengejar pencraian sebagai penamatnya.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Kongsi artikel ini: