Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rasanya ramai yang dah peka dengan kejadian bah air yang menimpa negeri selatan tanah air. Beberapa daerah di Negeri Johor mengalami peningkatan paras air secara mendadak seperti di Mersing dan juga beberapa lagi daerah di negeri itu.
PERTAMA KALI KAMPUNG NAIK AIR
Tidak terkecuali kampung orang tua pelawak terkenal iaitu Achey atau nama sebenarnya mohd Nasir bin Hamzah. Menurut Achey dia tidak menyangka kampungnya di Labis, Segamat turut ditimpa banjir. Ia adalah kejadian pertama kali dalam sejarah hidup pelawak berkenaan.
Pada awalnya, Achey dan adik beradiknya yang lain pulang ke kampung bagi tujuan menyambut hari jadi dan juga aktiviti kekeluargaan. Namun rancangan tersebut terpaksa dilupakan apabila kampung dinaiki air dan bertukar banjir.
NIAT BERKUMPUL BERTUKAR TRAGEDI BANJIR, NAMUN TETAP HAPPY
Momen tersebut sempat dikongsikan Achey menerusi laman instagram miliknya beberapa jam lepas.
“Kononnya nak berkumpul semua adik beradik .. Sambut birthday n ber gathering bersama… Semua balik cun2… Last2 birthday kemana, gathering kemana… Semua kelam kabut melayan banjir.. Pasal first time cucu2 hamzah ni dapat tgk banjir kat kg atuk dia.”
“Apa pun menghiburkan kan keluarga lebih puas terasa.. Kerana mereka kenal apa niat dan tujuan kita hiburkan mereka.” Kongsi Achey kepada peminat.
JANGAN ABAIKAN KESELAMATAN KETIKA BANJIR
Apa pun, berhati-hati lah ketika berhadapan dengan situasi bah air ini. Jangan terlalu leka bermain dengan air sehingga melupakan faktor keselamatan. Malah reptilia juga boleh muncul dalam keadaan air naik sebegini.
Sebagai rekod, bakat Achey mula dicungkil menerusi program Bintang Mencari Bintang musim pertama dan dinobatkan sebagai juara. Kemudian, untuk kekal relevan dalam industri Achey dan kumpulan Bocik bergabung sebagai Bocey untuk menyertai setiap Maharaja Lawak Mega.
Bukan sekadar melawak dan berlakon, Achey turut berbakat dalam mencipta dan menulis lagu. Single pertamanya berjudul Yang Terindah antara tontonan terbanyak di youtube sejak ia dilancarkan. Terbaru, Achey dikhabarkan akan mengeluarkan single kedua berjudul sakit.
Semoga maju jaya buat Achey!
Sumber: Instagram Achey