Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hidup tak setenang air di kali! Saiful Nizam titip kata semangat buat rakan Media Prima diberhentikan tugas

Kehidupan kita sama seperti roda. Kekadang hari ini boleh duduk di atas, mungkin esok duduk di bawah. Apa yang penting sentiasa bersiap sedia tetapkan minda supaya kekal positif dalam apa jua keadaan yang bakal dihadapi kelak.

543 PEKERJA NSTP BAKAL DIBERHENTIKAN

Itu lah nasib yang bakal dihadapi oleh 543 orang pekerja dari syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) terpaksa berdepan dengan ujian pembabitan ditamatkan khidmat tugas sekali gus menjadikan mereka berasa terkilan dan hilang arah tuju.

Kejadian ini secara tidak langsung menarik perhatian bekas rakan seperjuangan. Beberapa jam lepas Saiful Nizam yang juga bekas penyampai berita memberikan kata-kata semangat agar sentiasa bersangkan baik dan jangan cepat mengalah. Berikut tulisnya di instagram:

JANGAN CEPAT MENGALAH, TERUSKAN BERUSAHA

“Hidup ni tak semuanya indah! Tak semudah yang disangka. Kadang2 geloranya terlalu deras utk kita harungi! Kekadang ia setenang air di kali.”

“Bangun! Tempuhinya sehabis daya sbb janji Allah itu pasti bg mereka yang berusaha. Buat rakan2 ku di Media Prima! Insya’Allah dunia Allah ini terlalu luas. Jangan mudah mengalah & teruskan daya sementara hidup yang masih ada.”

“Moga dipermudahkan urusan kalian smua kerana Allah tu sebaik2 perancang.” Tulis Saiful memberikan semangat buat rakan-rakannya.

Sumber Instagram

JADIKAN UJIAN SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT

Saiful Nizam yang dilahirkan menerusi program Malaysian Top Host mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya pembaca berita di TV3 secara rasminya pada tahun 2015 setelah hampir 14 tahun berkhidmat.

Sumber Instagram

Penulis turut bersetuju dengan kata-kata dari Saiful ini. Dengan nasib diberhentikan kerja ini bukan lah penamat kepada kita bahkan mungkin ianya satu permulaan untuk kita bangkit sebagai orang baru yang lebih berjaya.

Jadikan pengalaman dalam bidang urusan media, penerbitan dan sebagainya ini sebagai suatu jalan untuk kita luaskan penerokaan. Percaya lah tentang rezeki Tuhan, yang penting kita teruskan berusaha.

Sumber: Instagram Saiful Nizam

Kongsi artikel ini: