Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hancurkan hati ramai peminat, tak ingin berahsia! Masih dalam proses, Mira Filzah akui hati sedang dimiliki

Pemilik nama Mira Filzah ini sering digosipkan dengan jejaka kacak. Namun, pelakon kelahiran Ipoh ini akui dia langsung tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki yang digosipkan media sebelum ini.

Bagi yang tidak mengenali artis ini, nama sebenar Mira Filzah ialah Nur Amirah Filzah binti Badioezaman. Dia dilahirkan pada 2 April 1993. Mira merupakan graduan dalam bidang perniagaan antarabangsa di UiTM Shah Alam.

Sumber Instagram

HATI MIRA FILZAH SUDAHPUN DIMILIKI

Namun, rezekinya lebih menyerlah kedalam bidang lakonan menjadikan ia kerjaya utama artis ini. Setelah lama diusik berkaitan hubungan peribadi, tanpa berselindung Mira mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang lelaki.

Jelasnya lagi, jejaka berkenaan bukan lah dari kalangan rakan-rakan artis sebagai mana dihebohkan media sebelum ini. Tambah pelakon cantik ini, buat masa sekarang tiada apa yang dapat dikongkikan lagi. Mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Sumber Instagram

IDENTITI MASIH DIRAHSIAKAN, MASIH TERLALU AWAL

Dah ramai lelaki yang cuba dikaitkan dengan namanya namun Mira tetap tenang menyatakan masih terlalu awal untuk dia serius dalam hubungan dan ingin fokus dalam kerjaya terlebih dahulu. Tambah Mira, dia percaya dengan jodoh dan ianya ketentuan Tuhan.

Tidak mahu bercerita panjang, Mira dilihat enggan memberikan komen yang lebih lanjut dan masih merahsiakan identiti sebenar jejaka yang berjaya menambat hati pelakon drama Adellea Sofea ini.

Sumber Instagram

“Buat masa sekarang, saya selesa berkongsi soal kerjaya saja. Doakan yang terbaik buat saya.” Kata Mira kepada peminat.

BUKAN MUDAH UNTUK CARI PASANGAN YANG SEHATI SEJIWA

Ramai yang tak sabar untuk mendengar perkhabaran baik dari Mira Filzah ini berkenaan soal jodoh. Apa pun sama-sama kita doakan Mira dan jejaka tersebut bersatu hati dan kekal hingga jinjang pelamin.

Sumber Instagram

Bercakap soal kahwin, bukan mudah untuk mencari pasangan yang sekepala dan memahami jiwa, tambahan pula Mira Filzah antara pelakon yang sering sibuk dengan jadual lakonan dan juga urusan perniagaan.

Diharapkan hubungan mereka kali ini memberikan perkhabaran yang baik buat peminat kelak.

Kredit: Berita Harian

Kongsi artikel ini: