Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ini bukan penamat yang diidamkan! Hafreez Adam, Zara Zya akur jodoh bukan milik mereka. 2 tahun belum cukup untuk kenal

Betullah bak kata orang tua-tua, jangan terlalu lama mengikat tali pertunangan dan dugaannya tak sama dengan yang lain. Itu lah yang dihadapi oleh pasangan Zara Zya dan Hafreez Adam ini. Mereka mengikat tali pertunangan pada awal Oktober lepas.

Namun pada penghujung November lepas, Hafreez mendedahkan kepada umum hubungan mereka berdua mula goyah. Jelasnya ada individu ketiga mula menganggu walhal selama mereka bercinta tiada pula yang cuba cucuk masuk line.

BACA: Jangan lama sangat bertunang! Hafreez Adam dedah diganggu orang ketiga dengan Zara Zya

AKUR JODOH BUKAN MILIK MEREKA

Berteka-teki kemelut dalam tempoh pertunangan, akhirnya Hafreez dan Zara Aya akur yang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama. Mereka menjelaskan yang mengambil keputusan untuk berpisah sejak bulan lepas lagi.

Tambah Hafreez, punca mereka membawa haluan sendiri adalah kerana tiada lagi persefahaman antaranya dan Zara Zya. Apa pun mereka berpisah secara baik dan atas persetujuan bersama setelah perbincangan menemui jalan buntu.

TIADA LAGI PERSEFAHAMAN PUNCA HUBUNGAN TERLERAI

“Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini.

“Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.

“Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami.” Memetik kenyataan Hafreez kepada pihak Berita Harian.

UNFOLLOW ZARA DI INSTAGRAM

Sebelum ini, Hafreez dilihat tidak mengikut Zara Zya menguatkan lagi spekulasi keretakan hubungan mereka. Namun jelas Hafreez, tujuannya bagi mengelak mengetahui ataupun berprasangka buruk ke atas bekas tunangnya itu.

Buat masa ini, mereka diminta diberikan ruang agar tidak digandingkan dalam mana-mana drama supaya tidak mengganggu perasaan masing-masing. Penulis percaya bahawa ini bukan lah penamat yang mereka idamkan.

Jadi, sama-sama kita doakan agar masing-masing cuba muhasabah diri dan perbaiki di mana kekurangan sepanjang tempoh perkenalan ini. Sudah pasti situasi ini memberikan sedikit tekanan buat kedua mereka, namun hadapi lah dengan tenang.

Kredit: Berita Harian

Kongsi artikel ini: