Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak tahu nak niaga apa lagi! Ini pendedahan isteri kedua Da’i Farhan mengenai Diploma Perubatan yang dimiliki suaminya

Belum lagi reda dengan kontroversi yang hangat diperkata sejak akhir akhir ini mengenai pernikahan kedua Da’i Farhan dan isteri kaabah nya, Dr Erin. Satu demi satu isu yang telah dikupas sendiri oleh warganet yang masing masing ingin mengadili mereka berdua.

Sejak pernikahan mereka di Mekah pada Oktober lalu, satu persatu hal timbul. Belumpun selesai kes doktor palsu yang dimiliki Dr Erin, Timbul pula kes melarikan kereta yang telah pun berlaku beberapa tahun yang lalu.

Sumber Instagram

DA’I FARHAN MEMILIKI DIPLOMA PERUBATAN ISLAM

Terbaru yang mengejutkan netizen adalah mengenai satu perkongsian yang telah dibuat oleh Dr Erin di laman Instagram miliknya sendiri.

Sumber Instagram

Perkongsian yang dibuat itu menarik perhatian ramai apabila dia melahirkan rasa syukur kerana suaminya itu telah menerima anugerah diploma dalam perubatan islam sambil menunjukkan bukti sijil.

DEMI MUKJIZAT YANG AGUNG

Tulis Dr Erin lagi, penganugerahan yang diterima itu adalah satu oerjuangan bagi mereka dalam perubatan yang terunggul iaitu perubatan islam seperti yang dimaksudkannya. Begitu senang dan mudah bagi mendapatkan sijil perubatan pada dunia sekarang, dan pada entri tersebut juga Dr Erin mempersoalkan kewujudan manusia.

Sumber Instagram

Tambahnya lagi manusia seharusnya merawat sakit daripada mencari punca penyakit dan bukan lah merawati sakit itu. Jika benar seorang doktor yang telah bersusah payah belajar ilmu perubatan untuk merawat pesakit boleh berkata yang sedemikian maka hairan lah bagi semua warganet dengan kenyataan itu.

BELAJAR REAL PUNYA PERUBATAN KENA KENAL ASAL USUL MANUSIA DULU

Tidak lama kemudian Dr Erin telah bertindak memadam entri tersebut dan menggntikan dengan yang baru.

Sumber Instagram

Tambah Dr Erin, semua penawar penyakit ada kecuali mati dan hebatnya mukjizat Al Quran bagi yang mengetahui dan sesiapa yang menggunakan mukjizat agung itu sangat lah bertuah.

TUNGGANG AGAMA LAGI

Namun bgitu, di media sosial banyak memberi pandangan yang kurang enak terhadap kenyataan itu kerana mereka seolah seperti menunggang agama ataupun menggunakan nama agama atas kepentingan individu.

Individu di laman Twitter banyak mempersoalkan keaslian sijil yang telah diterima seperti didalam gambar tersebut.

Difahamkan lagi foto foto yang telah dikongsikan itu telah diambil di Institut Sains Fizik, Seni & Budaya (IPSCA) Subang, Selangor. Di harapkan kes ini dapat diselesaikan dengan penjelasan dan kepastian daripada tuan badan demi tidak menimbulkan lebih kontroversi dan kata kata negatif daripada warganet.

Sumber : Instagram Dr Erin , Twitter Autotoxicity

Kongsi artikel ini: