Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Si Tanggang Zaman Moden! Remaja kolej elak jumpa mak ayah hantar laptop meredah hujan panas 200km

Jika pada zaman dahulu kala kita biasa kedengaran cerita tentang tanggang yang lupakan emaknya tetapi pada baru baru ini kita dikejutkan dengan satu cerita yang meruntun hati.

Menurut satu perkongsian di Laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Zunnur Aiman Nurikhan, dia telah terserempak dengan sepasang suami isteri di Restoran Jejantas Ayer Keroh dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat daripada Kajang.

VIRALKAN ANAK JENIS TAK SEDAR DEK UNTUNG

Menurut Zunnur dia meminta agar rakyat Malaysia yang prihatin membuat kicauan agar cerita ini tular dan disampaikan kepada anak pasangan tersebut.

Sumber Facebook

Tambah Zunnur lagi pasangan suami isteri yang berumur lebih kurang separuh abad itu telah menaiki motor berhujan panas bersusah payah menghantar laptop untuk anaknya bernama Shahira dan Su di sebuah kolej di Kajang.

ELAK JUMPA IBU BAPA NAIK MOTOR BURUK, BERI PELBAGAI ALASAN

Difahamkan mereka telah sampai di kolej anak mereka pada jam 3 petang dan menghubungi kawan baik anaknya kerana telefon bimbit anak mereka hilang. Tetapi pelbagai alasan telah diberikan dan hanya memberi arahan supaya ibu bapa nya meninggalkan laptop itu hanya ni pondok jaga.

Sumber Facebook

Orang tua yang telah berhujan panas meredah lebih kurang 200km untuk memenuhi permintaan anaknya namun seorang anak begitu tegar tidak ingin berjumpa ibu bapanya.

AYAHNYA USUS DILUAR, BASAH KUYUP

Menurut Zunnur lagi, mereka dan geng motor telah membantu dan berkonvoi menghantar pasangan tersebut ke rumah mereka.

Sumber Facebook

Tambahnya lagi ayahnya itu tidak sihat dan kelihatan usus di luar. Pasangan itu telah basah kuyup dek kerana hujan yang lebat ketika perjalanan daripada Kajang.

ANAK TAK KENANG JASA, MINTA MAAF SEBELUM TIDAK DITERIMA BUMI

Mengikut Zunnur juga dia telah membaca dan menyimpan segala mesej pesanan ringkas daripada anaknya itu kepada ibu bapanya yang sanggup bersusah payah memberikan permintaan anaknya itu.

Sampainya hati seorang anak perlakukan sebegitu kepada ibu bapanya.

Zunnur menasihatkan agar anaknya itu cepat pulang dan memohon maaf kepada kedua orang tuanya itu sebelum mereka menutup mata dan sebelum anaknya itu menjadi seperti si tanggang yang tidak akan diterima bumi.

Sungguh besar pengorbanan ibu bapa kita, sememangnya tidak ternilai oleh wang ringgit, namun sebagai seorang anak, kita seharusnya menjaga hati dan perasaan mereka. Fikirkanlah.

Sumber : Instagram Zunnur Aiman Nurikhan 

Kongsi artikel ini: