Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap manusia memiliki cerita masing-masing. Yang miskin ada dugaannya begitu juga golongan yang kaya. Boleh jadi Tuhan jadikan yang miskin ini adalah ujian buat si kaya yang mana mengingatkan diri sendiri bahawa harta yang dimiliki perlu juga diguna kearah kebajikan.
TUNDUK KE BUMI SEJENAK, JANGAN TAKUT BERSEDEKAH
Ramai antara kita memiliki harta yang banyak. Namun harus kita ketahui, tak ramai antara kita mampu menyumbang harta tersebut kepada fakir miskin. Hal ini kerana sifat dalam diri takut jatuh miskin kerana bersedekah.
Kisah yang penulis cuba kongsikan di bawah ini diharapkan mampu mengubah pemikiran dan juga menjadi contoh untuk kita tunduk ke bawah sejenak dikala berada di puncak. Kita sebagai hambaNya seperti roda kekadang boleh jadi di atas, mungkin esok di bawah.
DATIN PADUKA EINA AZMAN TURUN PADANG KONGSI REZEKI
Pelakon dan juga ibu cantik ini, Datin Paduka Eina Azman menerusi laman instagramnya berkongsikan momen melakukan kerja amal dengan membantu tiga keluarga yang daif di sekitar Kelantan.
Tidak dapat menahan perasaan, Eina Aman meluahkan rasa sedih melihat kehidupan serba kekurangan yang perlu ditempuhi oleh tiga keluarga yang dilawatinya ini. Dengan rendah diri, dia dilihat mesra melayan dan bertanyakan khabar nasib mereka ini.
“Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan.”
“Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka.” Tulis Eina Azman di Instagram.
TIDAK KEKOK DUDUK DI ATAS LANTAI
Meskipun selama ini kehidupan artis ini penuh dengan kemewahan, ianya tidak menjadikan Eina berasa kekok untuk bersila di atas lantai sambil menghulurkan makanan kepada si kecil. Sikap rendah diri sebegini harus dipuji dalam kalangan public figure.
Rata-rata, pengikutnya ramai memuji dengan cara Eina dan suami ini. Bukan hanya memiliki rupa paras yang cantik, bahkan hati yang baik kerana berkongsi rezeki sesama manusia. Mereka turut mendoakan pasangan ini dimurahkan rezeki dan terus melakukan aktiviti perkongsian sebegini.
Justeru, diharapkan bantuan yang dihulurkan dari Eina Azman ini dapat meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik. Semoga sikap sebegini menjadi contoh bagi pihak yang mampu menyumbang. Lebih ramai yang menyumbang, lebih murah rezeki Tuhan berikan kelak.
Sumber: Instagram Eina Azman