Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pemilik nama Elfira Loy tidak perlu diperkenalkan lagi. Kecantikan yang dimiliki membuatkan aktres ini sering menjadi perhatian peminat. Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar baru sahaja menimang cahaya pertama mereka, Muhammad Rayyan Khalaf.
Baru-baru ini, nama Elfira menjadi sebutan dek kerana penampilannya dikagumi ramai. Biarpun baru habis berpantang, Elfira berjaya mengekalkan berat badan bak anak dara.
PENGGEMAR KASUT TUMIT TINGGI
Tidak terhenti di situ, namanya kembali menjadi bualan. Demi menjaga penampilan sebagai public figure, sudah semestinya individu berkenaan perlu lah lain dari yang lain. Termasuk lah Elfira apabila dia mengenakan kasut tumit tinggi sepanjang masa.
Akuinya, dia merupakan peminat tegar kasut tumit tinggi. Dia turut mempunyai koleksi kasut tumit tinggi dalam kuantiti yang banyak, malah pelik sekiranya ada flats dan boleh dikira jumlah simpanannya.
DAH DIAJAR DARI AWAL UNTUK PAKAI TUMIT TINGGI
Elfira menjelaskan dia bukan berlagak diva memakai sedemikian. Bahkan dia lebih selesa untuk berpenampilan tumit tinggi memandangkan sudah diajar sejak dari awal lagi iaitu ketika belasan tahun.
Sesetengah wanita pula mesti terpeleot bila mengenakan kasut tumit tinggi tetapi sebaliknya berlaku kepada artis dan usahawan ini. Katanya, dia mudah terjatuh jika pakai flats dan disebabkan itu lah dia dilihat selalu bertumit tinggi ini.
LAIN ORANG LAIN CARANYA
Kesimpulannya, lain orang lain caranya. Mungkin ia kelihatan ganjil bagi sesetengah wanita yang menganggap tumit tinggi boleh melenguh badan dan tidak selesa. Ada pula yang sebaliknya seperti Elfira Loy ini.
Sebagai rekod, Elfira dan suami berkahwin pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lepas. Bergelar isteri dan ibu tidak menghalang dirinya untuk tampil cantik sepanjang masa di hadapan umum.
Kredit: Instagram Elfira Loy