Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Muka macam Sumandak! Wawa Zainal dedah wajah anak ketiga, kecomelan tarik perhatian ramai

Pasangan ini sering menjadi perhatian ramai. Bukan setakat sama cantik sama padan, malah sikap saling memahami dan memenuhi kelemahan masing-masing membuatkan ramai terpaut dengan rumah tangga mereka.

Nama Wawa Zainal dan Aeril Zafril tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka antara pasangan selebriti yang menjadi contoh buat peminat kerana sikap mereka yang merendah diri dan pandai mengambil hati pasangan.

Sumber Instagram

WAWA DEDAH WAJAH KETIGA ANAKNYA

Baru-baru ini, mereka baru sahaja menerima orang baru dalam keluarga. Baby girl merupakan suatu anugerah terindah bagi mereka sekeluarga kerana dalam pada masa yang sama, mereka berjaya melancarkan produk terbaru Wawa dan juga berjaya memiliki wisma sendiri.

 

View this post on Instagram

 

Baru umur 12 hari dah photoshot @ayyasoffya .. ada yang nak tengok wajah @ayyasoffya ?

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Anak ketiganya itu diberi nama Aya Soffya binti Aeril Zafrel dilahirkan pada 1 Disember lepas. Wawa selamat melahirkan anaknya seberat 2.86kg secara normal. Hampir sebulan bersalin, akhirnya Wawa mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum menerusi laman instagram miliknya sebentar tadi.

Sumber Instagram

ADA LESUNG PIPIT MACAM IBUNYA

Beberapa keping gambar wajah anaknya itu menarik perhatian ramai pengikutnya berikutan wajah yang comel seperti ibunya dan juga berambut lebat. Dikatakan Aya Soffya turut mempunyai lesung pipit, menambahkan lagi kecomelan si kecil ini.

Sumber Instagram

Disapa ketika dalam dewan bersalin, Aeril mengakui sentiasa berada di sisi Wawa bagi memberi semangat kepada isterinya. Jelas Wawa pula, dia tidak benarkan Aeril shooting kerana ingin suami berada di sisi. Seloroh Wawa, dia tak kan beranak kalau Aeril tiada di sebelahnya.

Sumber Instagram

Begitu lah yang dapat digambarkan kebahagiaan rumah tangga pasangan ini. Masing-masing tahu akan tanggungjawab dan seolah-olah sudahpun faham perkara yang perlu dilakukan, tak perlu diminta ataupun disuruh.

COMEL BAK SUKU SUMANDAK

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut memuji Aya. Mereka memberi pendapat bahawa si kecil ini mengikut mirip kakaknya iatu Hayla. Tak kurang hebatnya ada yang mengatakan Aya ini terikut kecantikan suku Sumandak dari Sabah, yang memiliki wajah yang comel.

Sumber Instagram

Semoga dengan kehadiran Aya dalam keluarga mereka ini menambahkan lagi kebahagiaan buat Aeril dan Wawa serta dimurahkan rezeki dalam urusan perniagaan yang sedang mereka usahakan. Apa pun tahniah penulis ucapkan buat pasangan romantis ini.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Kongsi artikel ini: