Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masih tak selesa, ada rasa malu! Rozita Che Wan kongsi resepi untuk bahagia dalam rumah tangga

Beberapa hari lepas, selebriti terkenal ini menarik perhatian ramai apabila majlis sambutan ulang tahun perkahwinannya diadakan penuh meriah mengalahkan majlis kahwin.

Sumber Instagram

Rozita Che Wan atau lebih selesa disapa Che Ta baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan bersama suami, Zain Saidin buat tahun keenam usia rumah tangga mereka. Kecantikan yang dimiliki Che Ta tidak menampakkan jurang umur antara mereka berdua ini.

Sumber Instagram

WANITA JANGAN CEPAT SELESA, JAGA TUBUH BADAN SELEPAS BERKAHWIN

Sama cantik sama padan, Che Ta memberitahu biar pun perkahwinan menjengah usia sudah matang, namun penampilan diri perlu dijaga terutama bentuk badan. Jangan cepat selesa dengan kehidupan peribadi takut nanti ada yang masuk line.

Sumber Instagram

Tidak mahu berahsia, Che Ta sempat mengingatkan para isteri dan juga wanita lain agar mementingkan penjagaan tubuh badan selepas berkahwin. Bila ditinggalkan suami baru lah terhegeh-hegeh cari produk.

PERLU ADA PERASAAN MALU DENGAN SUAMI

Menerusi Instagram, Che Ta turut memberitahu golongan wanita perlu simpan sedikit rasa malu terhadap suami. Itu lah resepinya kekal bahagia di sisi Zain Saidin, kelihatan sebaya meski pun jurang umur mereka berdua 12 tahun.

Sumber Instagram

“Muka tersipu sipu malu bila tau pengantin lelaki hondeway. Tp Betui walaupun dh 6 thn kawen , perasan malu dgn suami ttp kena ada.. tu yg dok pulun berbengkong, jaga badan.”

“Kadang kita ni nama kata dh berlaki dh tk jaga penampilan. Dah kena ceqai baqu laaaa kelupoq caqi salon, telan ubat kuquih, lumoq lotion. Apa2 pun yg penting , kena maintain uolsss.” Kongsi Che Ta di ruangan kepsyen Instagramnya.

Sumber Instagram

NIAT UNTUK NAIK PELAMIN TERCAPAI

Sebelum ini, Che Ta ada memberi gambaran merindui saat di atas pelamin. Namun tidak dinyatakan secara tepat niatnya itu sama ada serius atau pun hanya berseloroh. Dengan majlis diadakan ini, seolah-olah memenuhi hajat Che Ta untuk merasai semula detik tersebut.

Sumber Instagram

BACA: Ini Respon Che Ta selepas kena sound “tua tak sedar diri!” oleh netizen gara-gara muat naik mengidam naik pelamin

Sambutan ulang tahun perkahwinan mereka itu diadakan di Royale Palace, Shah Alam. Difahamkan 100 orang tetamu dijemput dalam meraikan majlis tersebut yang diadakan dengan penuh meriah.

Sama-sama kita doakan kebahagiaan yang berterusan buat pasangan merpati dua sejoli ini.

Kredit: Instagram Rozita Che Wan

Kongsi artikel ini: