Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan senang nak senang! Shuib dedah jatuh bangunnya, ada individu sailang perniagaan

Shuib Sepahtu merupakan antara selebriti yang bijak menggunakan peluang dalam urusan perniagaan. Tidak bergantung kepada karier sebagai artis semata-mata, Shuib dilihat mengusahakan pelbagai cabang perniagaan.

PERNAH MELALUI ZAMAN GELAP

Namun, untuk mengecapi kejayaan bukan perkara yang mudah. Tidak dapat lari dari melalui saat-saat kejatuhan, Shuib pernah melalui detik gelap dalam urusan perniagaan yang dibina. Tahun 2019 antara tahun yang mencabar buat pelawak terkenal ini.

Jelas Shuib, awal tahun ini adalah tahun yang paling diingati apabila individu paling dipercayainya telah menyelewang wang syarikat dalam jumlah yang besar. Hal ini membuatkan dirinya berasa terkesan dan kesal dengan perkara yang telah berlaku.

INDIVIDU YANG DIPERCAYAI MEMANIPULASI WANG SYARIKAT

Tambah Shuib, dia, individu berkenaan dan beberapa ahli teamnya berjaya memperoleh jualan yang sangat besar iaitu sebanyak RM8 juta pada tahun pertama perniagaan. Tetapi ianya berubah pada penghujung tahun kedua apabila penurunan jualan yang sangat ketara.

Merasakan sesuatu yang aneh, Shuib dan isteri mula melakukan siasatan dan menyedari ada individu tamak dan memanipulasi wang syarikat. Dia berasa sangat kecewa namun ianya suatu peringatan buat pelawak ini dalam kembali menguruskan dengan lebih berhati-hati.

JANGAN MUDAH PERCAYA ORANG, TAMPIL LEBIH POSITIF

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu dalam perniagaan perlu ada sedikit sangsi yakni jangan terlalu mudah untuk percaya kepada orang menguruskan syarikat. Supaya kejadian sebegini tidak berulang, Shuib tampil positif dan mencari jalan baru dalam perniagaan.

Atas dasar minat, akhirnya Shuib menemui pembaharuan berasaskan madu iaitu minuman Bubble Bee. Ia memiliki 14 perisa yang berbeza yang mana berasaskan madu berkhasiat. Cawangan pertama untuk jenama minuman ini adalah di Menara U2, Shah Alam.

Apa yang kita nampak adalah perkara yang indah namun kita tidak tahu kisah perit disebaliknya. Yang penting minat dalam sesuatu perkara dan terus belajar untuk kembangkan minat agar tidak mudah dipergunakan.

Semoga perniagaan baharu diusahakan oleh Shuib dan isteri ini terus maju dan menemui kejayaan.

Kongsi artikel ini: