Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Seperti mana penulis kongsikan dalam artikel sebelum ini, Dato’ Sri Idris Md Yusof atau nama komersilnya Eizlan Yusof meluahkan perasaan bahawa hatinya masih belum tertutup untuk mencari pengganti.
GADIS SERANI JADI PILIHAN HATI EIZLAN YUSOF
Eizlan Yusof sebelum ini pernah berkahwin dengan Vie Shantie Harun pada 2007 namun mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 28 September 2014. Hampir 5 tahun menduda, akhirnya Eizlan bertemu pengganti untuk isi kekosongan hidup.
Sebentar tadi, Eizlan Yusof selamat bergelar suami kepada wanita pilihan yang juga seorang mualaf iaitu Natasha Rossa Boudville, 19 tahun lebih muda darinya dengan hanya sekali lafaz. Majlis akad nikah tersebut berlangsung di The Glass Suite, Boraombak Marina, Putrajaya.
PENGANTIN WANITA MENERIMA WANG HANTARAN RM 12,121.90
Difahamkan pasangan ini dinikahkan oleh Kolonel Mohd Ajib Ismail iaitu Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pada majlis berkenaan, Eizlan Yusof menyerahkan mas kahwin kepada pengantin wanita berjumlah RM80.
Selain itu, pengantin wanita turut menerima sebentuk cincin berlian dan juga wang hantaran sebanyak RM 12,121.90. Majlis tersebut dilihat sangat meriah apabila dihadiri oleh rakan artis dan juga pihak media.
Tidak terhenti disitu, Natasha Rossa turut menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh kepada pihak lelaki.
WEDDING OF THE YEAR
Boleh dikatakan wedding of the year apabila pasangan merpati dua sejoli ini diarak menaiki bot sebelum majlis akad nikah yang mana diiringi oleh pegawai tertinggi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ketika menyeberangi tasik Maria Putrajaya.
Untuk majlis resepsi pula, ianya akan diadakan pada Jumaat jam 8.30 malam di Ballroom Boraombak Marina, Putrajaya. Sama-sama kita doakan agar majlis berlangsung dengan lancar dan ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tahniah penulis ucapkan buat Dato’ Sri Eizlan Yusof dan pasangan!
KREDIT VIDEO AKAD NIKAH:
Sumber: Youtube cstproduction