Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan cepat menghukum! Terpalit video panas, Zul Ariffin tampil beri jawapan sebenar kejadian

Sejak semalam nama pelakon sado, Zul Ariffin menjadi bualan ramai warganet gara-gara tersebarnya rakaman aksi panas miripnya di laman Twitter. Ini kali kedua namanya terpalit dengan aksi sedemikian semenjak berada dalam industri hiburan.

NYAHAKTIF AKAUN INSTAGRAM

Menguatkan lagi ura-ura kisah ini apabila Zul dilihat menyahaktif akaun Instagramnya seolah-olah cuba lari dari pihak media dan juga orang ramai. Tidak menunggu lama, terbaru Zul tampil memberikan penjelasan memperbetulkan keadaan sebenar.

Zul nyahaktif akaun Instagram

NAFI INDIVIDU DALAM VIDEO TERSEBAR

Zul menafikan individu dalam video berkenaan adalah bukan dirinya. Dia meluahkan rasa kecewa kerana dirinya terpalit dengan mangsa deepfake, iaitu satu teknologi baru dalam menyunting menggantikan wajah seseorang yang dikehendaki dalam gambar ataupun pada video.

“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.

“Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni.”

”Tak sangka pulak kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja.” Memetik kenyataan Zul kepada XTRA.

JADI PENGAJARAN KEPADA SELEBRITI LAIN

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar ini meluahkan rasa kecewa dengan kejadian ini yang mana sedikit sebanyak mengganggu kariernya seorang pelakon. Tidak terhenti di situ, Zul berharap agar rakan-rakan artis yang lain turut sama berhati-hati agar tidak menjadi mangsa sebagai mana dilaluinya.

Rakaman Zul yang tersebar sejak semalam

Tidak dinafikan bahawa teknologi kini, macam-macam perkara boleh dilakukan dalam menjatuhkan individu tertentu. Sebelum ini, negara kita pernah dikejutkan dengan beberapa figura berpengaruh yang turut mengalami situasi yang sama.

Semoga dengan penjelasan dari tuan badan ini menjawab segala persoalan dari pihak netizen. Diharapkan agar pengguna media sosial lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian dan jadikan kisah Zul ini sebagai pengajaran buat kita  semua.

Diharapkan Zul Ariffin bertabah dalam menghadapi ujian ini dan jangan lah kita cepat menghukum memandangkan kita sendiri tidak tahu kebenarannya.

Kredit: XTRA

Kongsi artikel ini: