Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah lama idam keluarga bahagia! Issey Titan pilih kawan lama, bakal kahwin ibu tunggal anak tiga

Mula berkecimpung dalam dunia seni hiburan menerusi program pencarian bakat Bintang Mencari Bintang, ahli kumpulan Titan ini semakin mendapat tempat di hati penonton dan semakin meningkat naik.

Issey atau nama sebenarnya ialah Fazlisham bin Mat Hussin dilahirkan pada 26 Jun 1987 di Kota Bharu, Kelantan. Selain bergelar pelawak, kini Issey juga aktif dalam lakonan, mengacara dan juga penyampai radio sepenuh masa di Suria FM.

PERNAH GAGAL DALAM RUMAH TANGGA

Menyingkap kembali kisah peribadi, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 namun tidak kekal lama apabila mengambil keputusan  untuk membawa haluan masing-masing pada 21 Ogos 2016 atas dasar tiada persefahaman lagi.

PILIH IBU TUNGGAL SEBAGAI PASANGAN HIDUP YANG BARU

Tidak jadikan sejarah lama sebagai kegagalan, Issey terbaru mendedahkan bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang wanita ibu tunggal beranak tiga. Jelasnya, bakal isterinya itu merupakan salah seorang kenalan lama sewaktu di Kelantan.

Issey dan bakal isteri, Noor Aimi bakal melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini bersamaan hari Ahad. Perkahwinan tersebut akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan memandangkan kedua-duanya berasal dari sana.

DAH LAMA MERANCANG UNTUK KAHWIN

Dalam pada itu, Issey memberitahu dia dan bakal isteri sudah lama merancang untuk berkahwin. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka mendedahkan berita baik ini kepada umum. Tambah Issey lagi, Aimi adalah seorang ibu tunggal.

Dia kehilangan suami akibat kemlangan pada dua tahun lepas. Melihat rakan-rakan di konti sudah pun memiliki keluarga membuatkan Issey tergerak hati untuk mengubah hidupnya. Berita baik ini diumumkan sewaktu segmen Team Pagi Suria.

FIZI TURUT MERASAI KEGEMBIRAAN RAKAN BAIKNYA

Fizi Ali yang juga rakan penyampai turut merasai kegembiraan Issey ini apabila hampir menitiskan air mata. Sudah lama rakannya menduda dan sudah tiba masanya untuk ada pasangan yang menjaga makan minum Issey.

Sama sama kita doakan agar perjalanan Issey dan Aimi dipermudahkan dalam membina bahtera hidup yang baru. Semoga hubungan Issey dan isteri berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kredit: Instagram Issey Fazlisham

Kongsi artikel ini: