Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Biar ting tong, asal bukan Da’i atau PU! Datin Shahida syukur dikurniakan suami seperti Aliff Syukri

Selalunya nama suami kepada usahawan ini sahaja disebut ramai. Dalam diam, individu ini pun memiliki latar belakang tidak kurang hebatnya. Isteri kepada Dato’ Sri Aliff Syukri iaitu Datin Sri Nur Shahida antara tulang belakang kepada perniagaan suaminya itu.

Datin Shahida dilahirkan pada 14 Mac 1985 dan mempunyai 7 orang adik beradik. Dia merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga dan menjadikan dirinya bersifat agak keras dan juga berhati kental.

JATUH CINTA KETIKA IKLAN PRODUK SYAMPU SUNSILK

Datin Shahida merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Solehah dan akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Aliff Syukri setelah 2 tahun berkenalan. Kedua mereka bertemu ketika menjayakan satu iklan produk syampu Sunsilk suatu ketika dahulu.

Hampir 12 tahun melayari bahtera bersama, mereka tidak dapat lari daripada asam garam dalam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri.

BACA: Retak menanti belah! Bonda Rozita beri gambaran perkahwinan anaknya,Aliff Syukri dilanda badai

Baru-baru ini, kemelut yang melanda ustaz selebriti menarik perhatian ramai sehinggakan pelbagai kisah mereka dijadikan parodi serta sindiran. Tidak terlepas dari itu, Datin Shahida turut meninggalkan komen berkaitan isu tersebut.

MUJUR SUAMI BUKAN DA’I ATAU PU

Menerusi chanel Youtube TV Terlajak Laris baru-baru ini, dia sempat berseloroh mengatakan syukur bahawa suaminya, Aliff Syukri bukan lah dari golongan Da’i, Pencetus Ummah atau pun mana-mana ustaz yang dilahirkan dari program realiti.

Jelasnya lagi, biarpun Aliff Syukri seorang yang ting tong dan berperangai pelik, namun dia bersyukur dihadirkan lelaki sedimikian dalam hidupnya kerana sehingga kini tiada godaan 18 kali terhadap suaminya itu.

ALIFF SYUKRI BERSELOROH UNTUK MASUK PROGRAM DA’I DAN PENCETUS UMMAH

Aliff Syukri dilihat sempat berseloroh bertanya pendapat isterinya sekiranya dia ingin menyertai rancangan seumpama itu. Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Datin Shahida. Katanya sudah memadai jadi diri sendiri, Aliff Syukri yang baik dan juga jaga solat.

Dalam pada itu, Aliff Syukri menjelaskan bukan semua peserta Da’i ataupun PU menghadapi masalah sedemikian. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri dalam mengawal situasi. Jadi, jangan cepat menghukum.

Walau bagaimanapun, video berkenaan dilihat telah pun dipadam dalam chanel TV Terlajak Laris. Semoga ikatan perkahwinan figura ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Yang baik jadi ikutan, yang sebaliknya jadikan sempadan.

Kongsi artikel ini: