Nama Iqram Dinzly menjadi bualan hangat sebelum ini gara-gara video di Bigo Live memaparkan aksi tidak sengaja anu aktor kacak berkenaan. Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin mula timbulkan kontroversi sejak pemergian ayah tercintanya.

BACA: [Video] Aksi jelik lagi! Iqram Dinzly tunjuk bahagian bawahnya ketika Bigo Live. Ikuti penjelasannya

Seolah-olah tidak mampu menerima takdir, Iqram dilihat sering memuat naik video secara langsung dengan aksi pelik tanpa sebarang motif dan juga lagak bernari katanya sebagai ekspresi seni.

TAMPIL DENGAN IMEJ BARU, NAMA BARU DAN MISI BARU

Terbaru Iqram dilihat muncul dalam rancangan terbaru iaitu Currhat sebagai tetamu jemputan yang bersiaran di Astro Prima. Personaliti yang ditampilnya kini lebih positif dan normal berbanding sebelum ini.

Menurut Iqram, dia kini ingin dikenali sebagai nama baru iaitu Iqram Al Muhammadi Dinzly kerana ada misi tertentu yang ingin dibawa disebalik nama baru ini. Jelasnya dia ingin berkongsikan ilmu Islam terutama golongan anak muda yang dilihat semakin jauh dari persimpangan.

LEBIH BERSEDERHANA DALAM KEHIDUPAN

Tambah Iqram lagi, lumrah manusia melakukan kesilapan dan sesat dalam berilmu. Yang penting kita ada nawaitu untuk berubah dan berusaha memperbaiki. Selain dari itu, Iqram kini lebih mengutamakan kesederhanaan dan tidak memerlukan benda baru dalam hidupnya.

“Iqram Dinzly dahulu sukakan banyak benda baru, pakai barang baru, tapi diri saya sekarang cukuplah ala kadar sahaja.” Memetik kenyataan Iqram kepada Astro Gempak.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN DALAM PERKONGSIAN ILMU

Kehidupan yang penuh kontroversi sebelum ini membuatkan Iqram lebih berhati-hati dan tampil semakin positif. Masing-masing ada pandangan sendiri dan tidak kisah dengan apa yang mereka katakan terhadap dirinya.

Semoga perubahan baharu yang dibawa Iqram ini lebih disenangi oleh netizen. Sama-sama kita doakan agar dia lebih istiqomah dalam memperbaiki diri ke jalan agama dan dipermudahkan misinya dalam berkongsi ilmu seperti yang diinginkan.

Kredit: Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here