Wajahnya jarang muncul di kaca TV namun namanya cukup memadai membuatkan personaliti ini dikenali ramai. Azrinaz Mazhar Hakim merupakan bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, yakni Sultan Brunei.

Azrinaz pada awalnya merupakan Eksekutif Wartawan penyiaran untuk unit televisyen TV3 pada tahun 1999. Wajahnya sering memenuhi kaca tv untuk program Buletin Pagi, Berita Terkini dan juga Buletin 1:30 pada ketika itu.

PILIH SAHABAT LAMA SEBAGAI PASANGAN HIDUP

Azrinaz menamatkan zaman jandaanya dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei tahun lalu. Fairos merupakan sahabat lamanya yang masing-masing sudah mengenali sejak 20 tahun lepas lagi.

Hampir setahun melayari bahtera hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Areesya Malaykha pada September lepas. Sudah menjadi kebiasaan majlis cukur jambul dan aqiqah si kecil diadakan penuh meriah.

MAJLIS CUKUR JAMBUL DAN AQIQAH MEWAH, LAIN DARI YANG LAIN

Tidak terkecuali Azrinaz dan Fairos apabila memilih Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur sebagai tempat majlis cukur jambul dan aqiqah si kecilnya. Apa yang menarik, majlis yang diadakan sangat lah meriah dan penuh mewah. Serba serbi lain dari yang lain.

Boleh dilihat dalam majlis tersebut dibina khas kuda pusing atau dikenali karusel di tengah dewan. Selain itu, dekorasi yang dihias di setiap sudut dewan menampakkan lagi tahap eksklusif yang berlangsung.

INSPIRASI DARI KARUSEL DI EIFFEL TOWER

Azrinaz menerusi laman Instagramnya ada memberitahu bahawa anaknya masih kecil untuk pergi ke karusel yang berada di Eiffel Tower, Paris. Susulan itu, ia menjadi inspirasi buatnya dan suami mewujudkan suasana tersebut dalam dewan Hotel Shangri-La ini.

Sememangnya akan menjadi perhatian ramai apabila pengikutnya di Instagram sangat terkejut dengan kemewahan pada majlis yang serba indah itu. Meskipun hanya sekadar majlis cukur jambul dan aqiqah, ianya diadakan lebih gah dari suasana sebuah majlis perkahwinan.

Rata-rata memuji kecantikan dekorasi pada majlis berkenaan. Mereka turut meninggalkan komen agar si kecil Areesya membesar menjadi anak yang soleh serta penyejuk buat kedua-dua ibu bapa kelak.

Kesimpulannya, kekangan kepada kita adalah duit dalam melakukan sesuatu perkara. Ada je duit sudah pasti apa sahaja boleh dilakukan asalkan ianya tidak bertentangan dengan tuntutan agama.

Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here