Kisah pendakwah selebriti semakin hari semakin hangat diperkatakan. Setiap hari ada sahaja kisah mereka dipaparkan oleh pihak media. Sebelum ini kemelut yang melanda Pencetus Ummah (PU) Abu Sufian dan terbaru Da’i Farhan.

Kedua-dua mereka seakan memiliki plot cerita yang hampir sama dengan pasangan masing-masing. Berkahwin dengan ibu tunggal dan kemudiannya memilih jalan untuk meninggalkan isteri pertama yang sedang hamil.

Isu ini pernah menjadi perhatian mufti dan juga Ustaz Ebit Lew. Yang mana mereka ada memberikan pandangannya terhadap soal perkahwinan terutama golongan anak muda.

BACA: Bina bahagia atas air mata isteri! Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew untuk pasangan muda ini

TAK SEMESTINYA JUMPA DEPAN KAABAH UNTUK DIJADIKAN ISTERI

Terbaru, isu ini menjadi perhatian pensyarah dan juga penceramah terkenal iaitu Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Prof tampil memberikan sedikit teguran dan pandangan buat golongan pendakwah segera ini agar lebih berhati-hati menjaga nama.

Berikut adalah perkongsian asalnya:

“Sudah…sudahlah dai/pendakwah…cukuplah… Jumpa perempuan depan kaabah tak semestinya jadi isteri. Kebelakangan ini jadi lemas dan nak muntah pun asyik membaca berita kisah-kisah pendakwah segelintir kita, yang lahir daripada program realiti seperti Program Pencetus Ummah (PU), Dai dan sebagainya. Macam-macam kontroversi yang dicetuskan.”

ROSAKKAN IMEJ ISLAM

“Hebat sangatkah mereka ini sehingga segala apa yang berlaku kepada diri mereka dan keluarga perlu diperkatakan dalam khalayak. Nak kata mereka ini hebat dalam dunia dakwah, tidak juga. Merosakkan imej Islam ada.”

“Dai dai ini pun satu hal, apabila dah terkenal dan bergelar pendakwah, jaga lah perangai elok-elok. Jangan buat perangai pelik-pelik sehingga merosakkan Islam.”

“Kamu nak kawin lebih daripada satu, kamu punya hal. Kawinlah baik-baik, tak usah buat benda yang pelik-pelik seperti orang jahil.”

“Sebelum ini kita kejutkan dengan pendakwah yang menceraaikan isterinya ketika sedang mengandung untuk berkawin dengan wanita lain. Ini pun satu hal.”

“Terkini, ada pulak berkawin satu lagi, kononnya jumpa di depan Kaabah. Petunjuk katanya. Allahurabbi, apakah itu apabila berjumpa depan kaabah bermakna petanda baik? Mesti kawin dan dijadikan isteri?”

“Bila dah kawin, alasannya mudah, dah jodoh, ketentuan Allah. Memanglah. Kalau petanda jumpa di depan Kaabah itu petanda, hari-hari orang Arab jumpa perempuan di depan kaabah, maknanya, jika itu petanda, hari-hari mereka akan kawin lain. Atas alasan jumpa depan kaabah.”

JANGAN JADIKAN KAABAH SEBAGAI ALASAN

“Nasihat saya kepada para pendakwah atau dai ini, kalau dah gatal atau mahu menempek kesenangan, cakap jer, senang. Tak payah guna alasan jumpa depan kaabah dan lain-lain.”

“Jika jumpa depan kaabah itu petanda baik, termasuk minum air zam-zam, sudah tentu ngara Arab Saudi dan orang Arab Saudi yang paling maju dan paling baik di dunia ini. Sebab, hari-hari insaf dapat berjumpa kaabah, buat umrah setiap hari.”

“Tetapi malangnya, merekalah yang hebat dalam segala hal yang mencemarkan imej Islam. Nasihat saya kepada semua pendakwah.”

Nasihat pertama: jadi contoh yang baik

“Tunjukkan contoh yang baik. Khalayak nampak Islam pada diri kamu. Jika kamu rosak, tempiasnya turut terkena kepada imej Islam. Rosakkan agama suci kita.”

Nasihat kedua: kahwin dengan cara betul

“Jika terlalu ghairah nak kawin lain. Buatlah dengan cara yang betul. Jangan sensasikan dan kontroversikan.”

Nasihat ketiga: jaga aib isteri

“Jangan sensasikan perceraaian dengan isteri pertama. Kasihan mereka. Malang sekali bila diceraaikan ketika hamil. Begitu juga dengan nota WhatApps. Lepas itu, viralkan dalam laman sosial.”

Nasihat keempat: jangan sebab nak terkenal

“Dunia realiti TV bukanlah platform untuk menonjolkan diri. Tetapi adalah amanah. Makin ramai orang kenal, makin besar amanah. Justeru, jangan terlalu ghairah kalau dapat masuk TV.”

Nasihat kelima: tuntut ilmu

“Dunia sebenar pendakwah adalah ilmu. Tuntutlah ilmu yang begitu luas, melebihi air di lautan. Yang ada pada kita mungkin setitik dua. Program realiti yang kita menangi sekadar hafalan, bukan dunia sebenar.”

Nasihat keenam: jaga agama, hentikan kontroversi

“Akhirnya, saya merayu kepada para dai ini, hentikanlah kontroversi dalam media ini. Islam lebih penting dijaga bukan diri kita. Kita ini berada dalam dunia yang sementara. Saya sudah otai dalam dunia dakwah dan media ini. Tahu sangat permainan media, sensasi, manipulasi, kontroversi dll si lagi? Kerana nak jual berita.”

Begitu lah panjang lebar teguran daripada otai penceramah ini. Teguran bukan bermaksud membeneci tetapi lebih kepada peringatan agar tidak termakan dengan diri sendiri. Apa pun semoga penulisan dari Prof. Dr. Ridhuan Tee ini membuka mata para pendakwah dan masyarakat terutamanya.

Sama-sama kita doakan agar perkara sebegini tidak berulang lagi dalam golongan ustaz selebriti kerana mereka adalah salah satu contoh ikutan kepada masyarakat.

Sumber: Facebook Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here