Menitis air mata! Tak raih sedekah, pak cik OKU kerah kudrat cari duit sendiri sentuh jiwa netizen

Kita sebagai manusia mempunyai jalan cerita masing-masing. Ada yang dilahirkan dalam keadaan penuh senang bahkan kemewahan tak terbelah bagi. Ada pula sebaliknya namun setiap aturan yang ditetapkan sudah pasti ada sebabnya.

TAK SEMUA INSAN BERNASIB BAIK

Yang pasti kita terus berusaha dalam memperbaiki ekonomi dan juga amalan diri sendiri. Pernah tak kita fikir sejenak nasib bagi golongan yang memerlukan? Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kini, ianya menjadi suatu cabaran buat mereka dalam mencari rezeki.

Kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu lah yang dapat digambarkan bagi kisah yang ingin penulis kongsikan pada kali ini. Mungkin anda mengenali Chanel Youtube Azfar Badrul yang mana sering memaparkan konten membantu golongan kurang bernasib baik di chanelnya.

BERKERUSI RODA SAMBIL MENIAGA

Konten terbarunya antara menarik perhatian ramai penonton apabila membantu salah seorang peniaga kategori orang kurang upaya (OKU). Difahamkan OKU tersebut berumur 49 tahun, hanya berkerusi roda dalam menjual keropok dan juga air kotak kepada orang awam.

Kekurangan ini tidak patahkan semangat bagi individu yang bernama Pak Cik Marzuki apabila masih menggunakan kudrat diri demi mencari wang saku. Dia tidak keseorangan, ditemani oleh anak saudaranya iaitu Daniel sering berada di Bukit Jambul dalam melakukan aktiviti jualan.

BUKAN PEMINTA SEDEKAH

Bagi Pak Cik Marzuki dan Daniel, mereka tidak suka dianggap sebagai peminta sedekah dan apa yang dilakukan mereka kini bagi membetulkan persepsi masyarakat terhadap golongan kurang upaya seperti Pak Cik Marzuki ini.

Setelah meneliti latar belakang dan kisah dari Pak Cik Marzuki ini, Azfar kemudian menceritakan tujuan sebenar kehadirannya untuk bertemu mereka. Alangkah gembiranya mereka apabila Azfar menyatakan hasrat untuk membeli kesemua jualan yang ada pada ketika itu berjumlah RM59.

Lebih meruntun perasaan adalah ketika dihulurkan duit bayaran, Pak Cik Marzuki dan Daniel tidak semena mengalirkan air mata. Mereka tidak menyangka menerima not berjumlah RM300 dari Azfar. Berkali-kali dia mencium wang yang diterima itu sebagai tanda syukur.

KREDIT VIDEO PENUH:

Apa yang dilakukan oleh Azhar Badrul ini adalah sesuatu yang mulia dalam membantu golongan memerlukan. Ianya boleh dijadikan role model kepada kita semua yang mana sumbangan tak perlu dalam angka yang besar. Cukup sekadar meringankan beban dan beri ikutan bagi yang berharta.

Kredit: Youtube Azfar Badrul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *