Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Seperti umum mengetahui, perkahwinan kedua Da’i Farhan hebat diperkatakan masyarakat kita. Netizen seakan-akan tidak bersetuju dengan tindakan ustaz selebriti ini katanya untuk membantu wanita lemah, yakni ibu tunggal yang dikahwininya tetapi meninggalkan isteri pertama yang sedang sarat hamil.
TERBONGKAR SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Boleh dikatakan hampir setiap hari nama mereka akan terpapar di setiap media sosial, terbongkar sedikit demi sedikit kisah sama ada Da’i Farhan sendiri mahupun isteri keduanya Noorainul Naqim Mohd Radzi atau selesa disapa Aerin.
MENGAKU DOKTOR WALHAL NAMA TIADA DALAM SENARAI
Berikutan tertubuhnya penyiasatan tak berbayar dari pengguna media sosial, Aerin yang sebelum ini mengaku sebagai doktor akhirnya diketahui umum bahawa status tersebut adalah palsu dan namanya tiada langsung dalam dalam senarai MMC malah menyalahguna terma gelaran tersebut.
Tak berakhir di situ, setelah perkahwinan mereka tular di media sosial, Aerin sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia didakwa melarikan sebuah kereta Perodua Kenari hampir 10 tahun.
Pada awalnya berjanji untuk sambung bayar namun menghilangkan diri dengan menukar nombor plat kereta tersebut sehinggakan pemilik asal terpaksa menanggung kesan disenarai hitam. Menurut laporan, perkara tersebut diselesaikan secara baik atas persetujuan bersama di luar mahkamah.
ANAK SEBENAR BUKAN LAPAN?
Berlanjutan tanpa kesudahan, sebelum ini Da’i Farhan ada mengeluarkan kenyataan tujuan berkahwin untuk membantu ibu tunggal beranak lapan dan Aerin turut menulis status tersebut di laman instagram miliknya.
Walau bagaimanapun status Aerin ini kembali hangat apabila netizen mempersoalkan jumlah sebenar anak yang dimilikinya. Didakwa Aerin mempunyai 10 orang anak, bercanggah dengan kenyataan sebelumnya. Status jumlah anak ini dinyatakan dalam profil Facebook lama Aerin Radzi.
Lebih menguatkan dakwaan ini lagi, jumlah tersebut diakui sendiri oleh tuan punya badan dalam ruangan komen. Sehingga kini kedua-dua individu ini masih mendiamkan diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan status anak.
Kesimpulannya, jangan lah kita cepat menghukum mana-mana pihak. Perkara telah pun terjadi dan Da’i Farhan pun sudah memilih jalan kehidupannya. Panjatkan doa agar kebahagiaan yang diperoleh dalam pengorbanan yang mereka lalui ini.