Sebut je nama Jep Sepahtu pasti dah boleh bayangkan macam mana telatah masuk air pelawak sorang ni. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin berasal dari Kulai, Johor dan memulakan kerjaya seni menerusi pencarian Raja Lawak musim ketiga.

Sejak dari itu, namanya bagai pisang goreng panas apabila sering memenuhi program lawak, telefilem malah turut disunting sebagai duta produk. Kini fokus utamnya adala mengacara radio bersama dua lagi sahabatnya iaitu Rahim dan juga Angah.

TELATAH PAK LAWAK SAMPAI KE DALAM RUMAH

Bukan sekadar lawak di depan kaca TV atau radio, telatah gila-gila Jep dibawa sampai ke dalam rumah apabila sering menyakat dua orang anak tirinya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Lebih menarik pada kali ini adalah apabila Jep berpakat dengan Rahim untuk mengahwinkan Barr dengan seorang budak perempuan diberi watak sebagai Letchumi. Memang haru biru jadinya sehinggakan Barr menyangka ianya benar-benar terjadi.

BARR TAKUT SEHINGGA MENANGIS

Barr berasa takut untuk dikahwinkan sehingga menitis air mata. Momen ini dikongsikan sendiri oleh isteri Jep, iaitu Sari Yanti menerusi laman instagram beberapa jam lepas. Sempat lagi Jep dan Rahim berpakat untuk berlakon konon-konon mengadakan perkahwinan terancang.

“Papa Jep nak kawenkan Barr ngan Letchumi . @rahimr2 (kengkonon bapak letchumi) pulak ada masa nak layan kan @jepsepahtu . Punyalah nangis budak tu. Barr pun satu ,tu pun percaya..” Tulis Sari Yanti di ruangan kepsyen.

NETIZEN PUJI CARA JEP LAYAN ANAK

Perkongsian dari Sari Yanti ini mendapat reaksi ramai pengikut di instagram yang rata-ratanya tak dapat move on perangai Jep. Mereka memuji cara Jep melayan anak meskipun dengan cara usikan masuk air sebegini.

Sumber Instagram

Biar pun status hanya lah bapa tiri, tetapi layanan tetap sama seperti anak kandung dan tiada jurang antara mereka sekeluarga.

Sumber Instagram

Tidak salah untuk bergurau dengan anak-anak kerana dengan cara itu dapat mengeratkan hubungan antara keluarga. Momen yang paling diingati bagi golongan kanak-kanak adalah merasai detik memalukan dalam hidup mereka dan ini adalah salah satu cara untuk mereka mengingati orang tua.

Sumber: Instagram Sari Yanti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here