Mira Filzah merupakan pelakon wanita yang mula meningkat naik kini. Wajahnya sering menghiasi kaca TV dalam setiap drama. Dan antara drama terkenal lakonan pelakon dari Ipoh, Perak ini adalah Eksperimen Cinta, Cinta Si Wedding Planner, Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams.

Namun, pada kali ini bukan kisah Mirah Filzah yang ingin penulis kongsikan. Tetapi berkisarkan gadis cantik yang memiliki rupa paras seperti aktres berkenaan. Benar lah kata-kata orang tua, setiap manusia memiliki 7 orang berwajah sama. Dan antaranya Mira Filzah dan gadis ini.

Sumber Facebook

MIRA FILZAH DARI SABAH

Pelakon bertudung ini yang pernah mencetuskan fenomena Baby Sayang beberapa bulan lepas sekali lagi menjadi topik di media sosial. Ini berikutan perkongsian dari halaman Facebook Sabah Viral Info yang mana berkongsikan gambar gadis dari Sabah.

Sumber Facebook

Apa yang menariknya, perkongsian gambar gadis dari Sabah itu sekali pandang, memang anda akan menyangka dia adalah Mira Filzah sehingga lah anda sedar yang dia tidak bertudung.

Sumber Facebook

PERNAH MEWAKILI KARAMBUNAI DALAM PETANDINGAN RATU CANTIK

Hasil siasatan di Facebook, gadis pelanduk dua serupa Mira Filzah ini dikenali sebagai Nicole Alph. Nicole kini berusia 24 tahun dan tinggal di Kota Kinabalu, Sabah. Rupa-rupanya Nicole Alph antara peserta ratu cantik yang mewakili daerah Karambunai.

Sumber Facebook

Dalam pada itu, gadis ini juga pernah mendapat gelaran juara Unduk Ngadau Karambunai pada tahun 2018. Bukan calang-calang kembar Mira ni yer. Meneliti kehidupan peribadi, Nicole mendapat pendidikan di Asian Tourism International College dan kini bekerja sebagai pegawai bank.

Sumber Facebook

MILIKI LIRIKAN SENYUMAN YANG SAMA

Dengan lirikan mata dan senyuman yang manis dimiliki Nicole Alph ni secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai rata-rata menyangkakan dia adalah Mira Filzah dan memuji kecantikan yang dimiliki oleh Nicole Alph ini.

Sumber Facebook

Apa pun, Negeri Sabah terkenal dengan wanita yang memiliki rupa paras yang cantik. Jadi, tidak hairan lah kalau ada 10 Mira Filzah di negeri tersebut.

Sumber Facebook

Kredit: Facebook Sabah Viral Info, Nicole Alph

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here