Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cahaya mata adalah pengikat kasih dan sayang antara pasangan suami isteri. Namun tak semua pasangan bernasib baik untuk memiliki zuriat sendiri. Itu lah yang terjadi dalam kehidupan rumah tangga Norsilah Mugumut dan juga suami, Yusof Tahir.
17 TAHUN MENANTI CAHAYA MATA
Hampir 17 tahun menanti, baru lah mereka dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sendiri. Meski pun lama menanti, ianya tidak mematahkan semangat buat pasangan ini.
Kisah cinta dan sabar pasangan ini dikongsikan oleh seorang gadis iaitu Nurul Afiqah Yusof, iaitu anak angkat kepada Norsilah dan suami. Afiqah diambil sebagai anak angkat mereka sejak dia lahir lagi, pada tahun 1996.
MENATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH
Pasangan ini menjaga Afiqah bagai anak kandung sendiri sehingga lah hari ini, 23 tahun. Menurut Afiqah, selepas dia diambil anak angkat, ibunya mengandungkan dua adik perempuan iaitu pada tahun 2000 dan 2002.
Biarpun memiliki zuriat sendiri, hal tersebut tidak menjadikan Afiqah rasa terasing malah dilayan sama rata seperti yang lain. Apa yang adiknya dapat, Afiqah turut sama dapat.
TIDAK JADIKAN ISU ANAK SEBAGAI ALASAN UNTUK CARI PASANGAN LAIN
Malah ayahnya setia disisi isteri melayari bahtera bersama-sama. Kisahnya ini menjadi tular di laman Twitter selepas responnya kepada seorang individu mengenai pengalaman seorang isteri ditinggalkan suami atas alasan gagal berikan zuriat.
Bagi Afiqah isu tersebut tidak sepatutnya berlaku. Seorang suami, seperti ayah angkatnya boleh dijadikan contoh walaupun lama menunggu zuriat, tidak sekali pun jadikan ia sebagai alasan untuk kahwin lain.
My mom and dad waited almost 20 years to get a baby and never once my dad asked to marry another. They decide to adopt me and after a few years my mom was pregnant with my sister. A real man never justify cheating with lame excuse. https://t.co/gVMhunto4v
— nuwul 👸🏻 (@nurulafqhyusof) December 4, 2019
KANTOI ANAK ANGKAT DI SEKOLAH RENDAH
Afiqah menyedari status dirinya sebagai anak angkat sewaktu di sekolah rendah. Kejadian disedari apabila nama ayahnya tidak sama. Walau bagaimana pun dia tidak jadikan itu sebagai suatu beban atau berasa rendah diri.
Tambah Afiqah tiada sebab untuk dia berasa marah mengetahui status tersebut kerana ibu dan bapa angkatnya menyanyangi sama seperti dua adiknya yang lain. Ayahnya tidak tahu Afiqah mengetahui status anak angkat sehingga ayahnya dijemput Ilahi akibat serangan jantung pada tahun 2010.
Kesimpulannya, rezeki yang Tuhan kurniakan itu luas. Mungkin cepat atau lambat sahaja dan tidak wajar sekiranya anak dijadikan alasan untuk seseorang itu berkahwin lain. Semoga perkongsian Afiqah ini menyedarkan kita tentang setia dan kasih sayang seorang lelaki sejati.
Kredit: Twitter Nurul Afiqah Yusof