Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Berani pakai, berani tanggung! Akhirnya lelaki ini jumpa kereta, 10 tahun dibawa lari Isteri kedua Da’i Farhan

Lepas satu satu dan ibarat tiada kesudahan cerita rumah tangga Da’i Farhan ini. Pada episod ini berkisarkan isteri keduanya yang dikenali sebagai Dr Aerin. Beberapa hari lepas kisah status doktor palsunya dibongkar umum.

Tidak dinafikan kuasa viral pada masa kini kadang kala ada baiknya dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Kisah yang terjadi kepada Da’i Farhan dan Dr. Aerin ini sedikit sebanyak membongkar disebalik kisah lalu.

Sumber Facebook

AERIN BAWA LARI KERETA KENARI

Selepas tersebar kisah perkahwinan mereka, timbul pula dakwaan dari seorang lelaki yang dikatakan keretanya dibawa lari oleh isteri kedua Da’i Farhan ini. Hampir 10 tahun mencari, akhirnya lelaki yang dimaksudkan bertemu semula kereta Perodua Kenari miliknya hanya 3km dari rumah.

Sumber Facebook

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Apeh Jamal di laman Facebook ada berkongsikan kereta Perodua Kenarinya dilarikan oleh seorang individu wanita, iaitu Dr. Aerin yang mana sebelum ini bersetuju untuk sambung bayar kereta tersebut namun janji tinggal janji.

KES SELESAI, DR. AERIN LUNASKAN BAYARAN SEPERTI DIMINTA

Kemelut ini dapat diselesaikan di luar mahkamah apabila dalam beberapa jam perkongsiannya tular di media sosial, Dr. Aerin terus melunaskan bayaran tertunggak berjumlah RM10k seperti mana diminta Apeh dalam membersihkan nama dari disenarai hitam pihak bank.

Sumber Facebook

Tindakan Dr. Aerin yang selama ini menukarkan nombor plat palsu menyukarkan lagi buat Apeh dalam mengesan kereta yang dilarikan. Meski pun demikian, nombor chasis tak boleh ditukar dan menguatkan lagi bukti kereta ini milik Apeh Jamal sepenuhnya.

NIAT PARKING TEPI JALAN UNTUK APEH NAMPAK TAK MASUK AKAL

Dalam video yang dikongsikan Apeh, dia menunjukkan kereta Kenari dijumpai di hadapan pejabat El Ilham Therapy Centre, iaitu milik Dr. Aerin di Ipoh, Perak. Katanya, kereta tersebut digunakan oleh adik Dr. Aerin namun tidak pasti kesahihannya.

Sumber Facebook

Dalam pada itu, Dr. Aerin ada memberitahu bahawa dia meletakkan kereta tersebut di tepi jalan agar Apeh boleh nampak. Tetapi sekiranya benar niatnya itu, kenapa perlu sampai guna nombor plat palsu untuk mengelirukan.

KREDIT VIDEO TULAR APEH JAMAL:

Justeru, hutang perlu dibayar walau pun tidak dituntut. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua agar ianya tidak terjadi kepada diri ataupun saudara mara terdekat. Ada asbab kisah perkahwinan Da’i Farhan ini dibongkar umum kini.

Kredit: Facebook Apeh Jamal

Kongsi artikel ini: