Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perkahwinan kedua ustaz selebriti Da’i Farhan bersama Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Dr. Erin semakin menjadi pendebatan netizen. Belum habis kisah cinta rumah tangga, kini muncul pula pendedahan bahawa status doktor yang dibawa isteri da’i ini bersifat palsu.
MENGAKU PAKAR NEUROLOGI
Sebelum ini, seorang pengguna Facebook mendedahkan profesion isteri Da’i tersebut didakwa menyalahguna gelaran doktor. Ini berikutan perkongsian bio Instagram dikatakan wanita berkenaan mendakwa dirinya pakar neurologi walhal tidak sama sekali.
NAMA TIADA DALAM HASIL SEMAKAN
Menerusi carian di lama web MMC, nama Dr. Erin tiada dalam semakan dan dipercayai menyalahguna gelaran profesion dimaksudkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tidak terhenti di situ, seorang penolong pegawai perubatan tampil memberi pendapat berkaitan isu ini. Dikenali sebagai Muhsin Zaidi, perbuatan Dr. Erin ini adalah satu kesalahan yang mana melibatkan nyawa pesakit.
BOLEH MENGELIRUKAN ORANG RAMAI
Menurut Muhsin lagi, dengan mengaku sebagai pakar neurologi, ianya boleh menimbulkan kekeliruan ramai pihak terutaman orang awam yang rata-rata tidak mempunyai pengetahuan dalam ilmu perubatan.
Tambahnya, Dr. Erin turut mengaku sebagai cosmetic medical expertise yang membawa maksud pakar bedah kosmetik atau pakar estetik. Hanya ada beberapa individu sahaja di Malaysia yang mempunyai kepakaran sedemikian.
AMAT MUSTAHIL MEMILIKI DUA KEPAKARAN
Sekiranya betul Dr. Erin benar-benar memiliki kepakaran dimaksudkan, ianya sangat lah mustahil dengan pengakuan sebagai pakar saraf, ditambah pula pakar kosmetik, ianya memerlukan pengajian yang sangat mendalam dalam terma medikal. Perlu kuasai double master pengajian perubatan.
Dengan memiliki komitmen anak 8 orang, boleh dikatakan tunggang langgang untuk habiskan walau satu master pengajian.
Dikatakan, semakan dalam sistem mmc.my mendapati nama isteri kedua Da’i Farhan ini tiada dalam senarai. Jelas Muhsin yang berkerja sebagai MA, bila individu bukan doktor perubatan tetapi sangkut stetoskop dileher sudah pasti ianya bersifat penipuan.
TUAN BADAN MASIH BERDIAM DIRI
Apa pun hanya Dr. Erin sendiri yang tahu niat asal tujuan mengaku sebagai Neurologist dan juga Cosmetic Medical Expertise ini. Sehingga kini, dia masih mendiamkan diri dalam menjelaskan status sebenar dirinya itu sama ada tujuan pemasaran atau meraih publisiti semata-mata.
Sama-sama kita nantikan kisah sebenar dari tuan badan. Semoga perkongsian dari Muhsin Zaidi ini sedikit sebanyak membuka mata kita mengenai terma perubatan yang disalah guna pakai.
Sumber: Facebook Muhsin Zaidi, Yazeed Hair Johari