Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Menyorokkan wajah, lama berteka-teki! Hubungan pelakon Risteena dan jejaka misteri akhirnya terjawab

Kakak kepada Ruhainies, iaitu Risteena pernah menjadi persoalan ramai peminat apabila sering memuat naik gambar bersama seorang jejaka yang disorokkan identiti serta wajahnya. Risteena yang mencipta nama menerusi drama Playboy Itu Suami Aku akhirnya disahkan bertunang.

Sumber Instagram

RISTEENA BERTUNANG DENGAN ISA KHAN

Teka-teki selama ini mengenai hubungannya bersama Isa Khan akhirnya terjawab selepas Risteena memberitahu umum yang mereka sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November yang lepas.

Sumber Instagram

Dikatakan mereka bertunang di Bali, Indonesia selepas 5 bulan mengenali hati budi masing-masing. Berita ini diumumkan sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran Risteena yang ke 30 tahun di Bora Ombak Marina Putrajaya malam tadi.

HUBUNGAN DENGAN IKHWAN SUDAH PUN BERAKHIR

Sebelum ini, hangat diperkatakan hubungan Risteena dan Ikhwan Khairuddin menemui titik nokhtah beberapa bulan yang lalu setelah tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta. Sepatutnya mereka dijadualkan untuk disatukan November lalu namun jodoh tidak bertahan lama.

Sumber Instagram

Isa dilihat sempat memberikan ucapan sewaktu majlis harijadi tersebut yang mana dia sangat bersyukur Risteena masih menerima dirinya meskipun ramai yang cuba meracuni fikiran dan mengatakan dirinya bukan seorang yang baik.

Pada majlis tersebut, tidak diumumkan tarikh tepat untuk mereka berdua mendirikan rumah tangga dan mungkin akan diberitahu kelak.

Sumber Instagram

TIDAK AKAN MEMPERSIAKAN RISTEENA

Di hadapan semua tetamu, Isa Khan meluahkan rasa yang dia akan menjaga Risteena dengan penuh kasih dan sayang, malah tidak mempersia-siakan aktres kelahiran Pulau Pinang ini. Mereka berdua mulai rapat setelah terlibat sama dalam drama Bulan Jatuh ke Langit pada Mei lepas.

Sumber Instagram

Terjah mengenai kerjaya, Risteena pada awalnya hanyalah seorang pelakon tambahan dan akhirnya mendapat kepercayaan untuk memegang watak penting dalam banyak drama dan telefilem. Antaranya Karlos, Menjinak Ombak, Dosa Kelmarin dan banyak lagi.

Meskipun pada awalnya Risteena sering dikritik lakonan agak kaku dan kayu, namun dia tidak berputus asa malah jadikan ia pembakar semangat untuk terus maju sebagai pelakon yang berkualiti.

Tahniah penulis ucapkan buat Risteena dan juga Isa Khan. Diharapkan mereka berdua dapat menempuhi dugaan sewaktu tempoh pertunangan ini dan semoga hubungan berkekalan sehingga ke anak cucu.

Kredit: Instagram CST Production

Kongsi artikel ini: