Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cinta bukan dicari tetapi ia hadir tanpa kita sedari. Bila dah dapat apa yang dicari, kesetiaan pula diuji. Bila bercinta ini, ia melibatkan dua pihak tidak kira lah lelaki mahu pun perempuan, masing-masing perlu sedar status yang dipegangnya.
TERDUDUK APABILA MENGETAHUI CINTA DIKHIANATI
Namun, bukan semua kisah cinta berakhir dengan baik. Sebaliknya yang berlaku kepada salah seorang remaja ini apabila videonya dirakam terduduk sayu didepan kamarnya. Ianya berikutan kekasih hati beralih arah kepada lelaki lain.
RASA SIMPATI
Video berkenaan dikongsikan menerusi laman Twitter oleh seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Ikhwan Aidil. Perkongsian tersebut bersifat rasa simpati di atas apa yang menimpa rakannya itu apabila seorang wanita tidak menghargai cinta lelaki sejati.
bila lelaki setia, perempuan ambik kesempatan untuk curang 😢 pic.twitter.com/5BTkmUD0xD
— khai (@ikhwanaidil_) December 1, 2019
BUKAN MUDAH LELAKI TITISKAN AIR MATA
Tidak dinafikan, bukan mudah untuk kita melihat seorang lelaki menitiskan air matanya. Jelas perkongsian ini mendapat perhatian ramai pengguna twitter yang lain, yang mana turut merasa hiba perasaan dialami.
Mungkin akan ada pengganti yang lebih baik buat remaja berkenaan di masa depan kelak. Lebih baik tahu sekarang daripada terbongkar di penghujung hari. Sekurang-kurangnya, kejadian ini memberi pengajaran dan peringatan agar lebih berhati-hati menjaga perasaan sendiri.
REAKSI NETIZEN
Ramai netizen meninggalkan nasihat buat remaja berkenaan agar menjadi lebih kuat dan lupakan kejadian kisah cinta dengan gadis berkenaan. Tak terlepas dari itu, ada yang menasihati agar fokus dengan pembelajaran.
Kejar impian dan bina kerjaya. Jodoh pasti akan datang kemudian yang jauh lebih baik. Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.
Apa pun semoga kisah remaja ini memberi kita kesedaran bahawa masih ada lelaki yang setia pada yang satu. Dalam kita menghadapi masalah, sujud lah pinta kepadaNya agar ditenangkan hati, dan melupakan rasa kecewa yang dirasai.
Sumber: Twitter Ikwan Aidil