Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nabila Razali atau nama sebenarnya Nur Nabila binti Mohd Razali dilahirkan pada 13 November 1992 dan berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Bakat nyanyiannya dicungkil menerusi program realiti TV Akademi Fantasia musim 10.
SERING JADI BUAH MULUT NETIZEN
Bermula agak perlahan dalam bidang nyanyian memandangkan terikat dengan komitmen belajar di salah sebuah universiti awam tempatan. Namun, single pertama iaitu Katakan Saja dikatakan mendapat sambutan hangat dari pendengar muzik tanah air.
Walau bagaimanapun, Nabila Razali antara selebriti yang menerima kritikan dari netizen mengenai lagu yang didendangkannya. Dikatakan juga, dia bernyanyi sumbang pada satu konsert sebelum ini sekali gus menjadi buah mulut orang ramai.
AKUI KELEMAHAN, MEMASUKI KELAS VOKAL
Tidak mahu perkara sama berulang, akhirnya Nabila mengambil jalan selamat dengan mengikuti kelas vokal. Ianya bertujuan menambah baik dari segi teknik nyanyian yang mungkin selama ini terlepas pandang sebagai seorang penyanyi profesional.
Tidak malu untuk mengaku kelemahan diri, Nabila Razali lakukan semua ini bagi memuaskan hati dan persembahkan yang terbaik buat peminatnya.
“Tak dinafikan saya ikuti kelas vokal kerana suara saya selalu dikritik netizen sebelum ini.
“Saya harus perbaiki kelemahan diri dan semestinya tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, bagi saya, kalau saya lakukan sesuatu untuk peminat, saya akan lakukan yang terbaik.” Memetik kenyataanya kepada Astro Gempak.
KINI BERASA LEBIH SELESA
Pada awal, mungkin penyanyi cantik ini berasa janggal di awal pembelajaran. Namun, akuinya dia kini berasa sangat selesa. Ianya kini lebih bersifat mencari kebaikan dalam diri berbanding kerana peminat.
“Lama-kelamaan, saya rasa selesa mengikuti kelas vokal dan sekarang saya lakukannya lebih kepada mencari kebaikan untuk diri sendiri, bukan disebabkan kritikan orang ramai semata-mata.” Jelasnya lagi.
Tidak perlu ego dalam mengakui kelemahan diri. Tindakan Nabila ini boleh dipuji kerana berani untuk perbaiki kekurangan. Semoga selepas mengikuti kelas vokal ini dapat menjadikan Nabila Razali lebih yakin dan mantap dalam menyampaikan lagu secara langsung.
Apa pun, sama-sama kita doakan agar Nabila Razali terus maju dalam industri muzik dan juga lakonan, malah sentiasa kekal relavan di mata peminat.
Kredit: Astro Gempak