Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Semoga terus bertahan! PU Amin luah rasa terkilan, risau nasib pendakwah pada hari ini

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itu lah yang boleh digambarkan buat nasib penceramah di mata masyarakat kini. Oleh kerana isu yang datang dari kalangan mereka, masyarakat terus menjatuhkan hukum bahawa semua ustaz selebriti tak boleh pakai.

Harus kita ingat dalam kita berkata-kata, simpan sedikit untuk hari akhirat takut kelak kita yang menaggungnya. Perlu kita sedar, tidak semua ustaz selebriti berpewatakan ataupun berfikiran seperti yang masyarakat kita gambarkan. Ada antara mereka masih ikhlas berjuang di jalan agama.

RISAU DENGAN GOLONGAN PENDAKWAH

Tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, terbaru Pencetus Ummah (PU) Amin ada menitipkan doa menerusi laman Instagram agar mendapat keberkatan hari ini, penghulu segala hari. Dia meluahkan rasa risau dengan nasib yang menimpa golongan sepertinya.

Dalam doa yang ditulis di ruangan kepsyen meminta agar Tuhan memelihara para pejuang di jalan agama biarlah ikhlas dan jujur menyampaikan ilmu. Bukannya berbekalkan hawa nafsu mahupun cintakan perihal dunia semata.

DILINDUNGI DARI KATA DUSTA DALAM MENYAMPAIKAN ILMU

Tidak terhenti di situ, PU Amin menitipkan agar dirinya dan rakan seperjuangan yang lain dilindungi dari perkara yang menyesatkan mahupun fitnah dalam urusan kerja agama. Memandangkan ramai menyifatkan ustaz selebriti menggunakan nama semata-mata untuk terkenal.

Justeru, dia meminta agar rakan-rakan seperjuangan yang lain tidak jadikan nama mereka sebagai penunggang agama dan menjaga nama baik para ulama terutama sekali. Semakin hari, masyarakat mula jahil memandang serong terhadap golongan ustaz ini.

KISAH PERIBADI LEBIH POPULAR DARI KERJA DAKWAH

Bukan kerana mereka tidak percaya, tetapi kisah peribadi lebih popular berbanding kerja agama yang dilakukan. Sekurang-kurang, ianya satu peringatan bahawa mereka diperhatikan sebagai mana public figure yang lain.

Konklusinya, bukan mudah untuk kita menyebarkan ilmu. Tersalah langkah boleh menyebabkan buah mulut orang ramai. Maklum lah ramai yang ingin jadi ahli agama dan hakim berdasarkan logik akal meski pun ilmu di dada masih kosong.

Semoga perkongsian doa PU Amin ini membuka mata pembaca agar tidak terus menghukum mereka yang masih lagi ikhlas berbakti dalam dakwah ini.

Sumber: Instagram PU Amin

Kongsi artikel ini: