Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Datang dengan cinta lain, balik dengan jodoh lain! Ikuti pendedahan cinta Dr. Erin, Da’i Farhan di Tanah Suci

Masih lagi bercerita berkenaan ustaz selebriti iaitu Da’i Farhan. Namanya menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini berikutan perkahwinan keduanya bersama seorang ibu tunggal dan juga keputusannya melepaskan isteri pertama, iaitu Fatin.

LEPASKAN ISTERI PERTAMA DEMI CINTA IBU TUNGGAL

Kegagalan perkahwinannya bersama Fatin mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat kita berikutan keadaan isteri yang sedang sarat mengandung dan seolah-olah teraniaya. Logik akal isteri mana yang tidak terasa apabila si suami ada orang baru dalam hidup.

Kali ini, bukan kisah Fatin ataupun Da’i Farhan yang ingin penulis kongsikan. Yang lebih menarik adalah isteri kedua Da’i tersebut yang dikenali sebagai Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin.

DA’I FARHAN SUAMI YANG KETIGA

Menurut Dr. Erin, yang membuat pendedahan melalui Astro Gempak memberitahu bahawa Da’i Farhan merupakan suaminya untuk kali ketiga setelah gagal dalam rumah tangganya sebelum ini. Meskipun pernah gagal, namun Dr. Erin akui itu adalah rezekinya memiliki tiga suami.

Melalui pendedahan ini juga, dia mengakui pada awalnya dia mengalami masalah untuk menunaikan ibadah umrah memandangkan tidak mempunyai mahram. Nak dijadikan ceritakan akhirnya visanya lepas jua atas izin Tuhan.

DATANG DENGAN CALON LAIN, PULANG DENGAN JODOH YANG LAIN

Mereka tidak saling mengenali dan Dr. Erin pergi ke Mekah dengan calon suami yang lain pada awal perancangan. Setelah berada di sana, hatinya mula gelisah dan merindui seseorang sehingga lah dihadirkan wajah Da’i Farhan sebagai petunjuk jodohnya.

Bagi anak-anaknya pula, mereka tiada masalah untuk menerima papa baru dalam kehidupan. Mereka sangat menyokong Dr. Erin untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan ibu mereka. Malah, anak-anak turut dididik dari kecil lagi bagi berfikiran rasional.

RESPON TERHADAP BUAH MULUT NETIZEN

Ditanya keadaan terkini yang mana ramai masyarakat sedang berkata kisah mereka, Dr. Erin tampil positif yang mana dia lebih mengetahui perkara sebenar. Tidak perlu memikirkan pandangan orang lain sedangkan dia mengenali siapa Da’i Farhan dan sebalik apa yang berlaku.

KREDIT VIDEO TEMUBUAL PENDEDAHAN DR. ERIN:

Kesimpulannya, mereka dilihat sedang khusyuk dibuai cinta baharu. Da’i Farhan turut dijelaskan menerima segala latar belakang Dr. Erin dan dalam proses mendidik keluarga baru mereka. Sama-sama doakan agar mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Kredit: Astro Gempak

 

Kongsi artikel ini: