Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Alasan tak masuk akal! Video lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin jadi perhatian warganet

Lagu kebangsaan merupakan simbolik bagi setiap negara di dunia ini. Wajib bagi seseorang warganegara ataupun rakyatnya tahu cara dan lirik bagi lagu kebangsaannya sendiri. Ianya bukan sekadar lagu biasa bahkan membangkitkan semangat patriotik dalam diri.

Untuk negara Malaysia, lagu kebangsaan kita dinamakan Negaraku. Disebalik lagu ini, ianya menyeru seluruh rakyat dari pelbagai bangsa dan agama bersatu padu dalam mengejar kemajuan. Ianya dicipta pada tahun 1957 lagi.

DIPILIH DAN DIBUAT KHAS OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN

Lagu Negaraku ini dipilih dan dibuat khas oleh bekas Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhun Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Mustahil sekiranya rakyat di negara kita ini tidak tahu untuk menyanyikannya.

LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA MANDARIN

Walau bagaimanapun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video yang ini yang mana memaparkan sekumpulan murid sekolah dipercayai jenis (SJKC) menyanyikan dalam bahasa Mandarin. Video berkenaan mendapat perkongsian ramai di laman Facebook baru-baru ini.

Sumber Facebook

AGAR PELAJAR LEBIH MEMAHAMI

Difaham video berkenaan dirakam di sebuah sekolah, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Ma Hwa Kampung Baru Rasah, Seremban pada 26 September 2018. Tujuan mereka berbuat demikian dengan alasan agar pelajar lebih memahami dan mendalami maksud lagu kebangsaan kita.

Sumber Facebook

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat kesal dengan tindakan ini dan juga pihak pentadbiran sekolah, seolah-olah tidak menghormati lagu kebangsaan. Sedangkan lagu kebangsaan Singapura pun dalam Bahasa Melayu dan rakyatnya masih menghormati.

KREDIT VIDEO KEJADIAN:

TANDA NILAI PATRIOTIK SEMAKIN PUDAR

Secara tidak langsung kejadian ini memberikan kesan bagi sesetengah pihak dalam memperjuangkan Tanah Melayu suatu ketika dahulu dari kuasa penjajah. Dengan tidak menghormati lagu kebangsaan kita, ibarat nilai patriotik dalam diri semakin pudar.

Diharapkan pihak berwajib memandang serius kejadian ini agar tidak mengelirukan mana-mana pihak, dan juga menjaga status lagu Negaraku daripada dipandang enteng. Bagi sesetengah individu ianya sekadar lagu, namun disebaliknya ia adalah nilai kesetiaan dan cinta kepada negara.

Sumber: Facebook Khairul Azri

Kongsi artikel ini: