Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Klon Ziana Zain atau pemilik sebenar individu dimaksudkan ialah Nik Aidi Azhar Che Seman pernah tular di media sosial. Sering kali tampil sebagai wanita dan menyanyikan lagu Ziana Zain membuatkan kisah klon ini tular dalam masyarakat kita.
SANGAT MEMINATI ZIANA ZAIN
Minatnya terhadap Ziana Zain membuatkan dirinya sentiasa muncul dalam mana-mana acara persembahan artis idolanya itu. Bukan sekadar minat menyanyi, Nik Aidi juga sanggup mengubah penampilan seakan mirip gaya Ziana Zain.
KEMBALI KEPADA FITRAH SEJAK BERMIMPI
Namun, itu semua kisah lama. Hidayah itu milik Tuhan dan ianya boleh diturunkan kepada sesiapa sahaja hambaNya yang benar-benar ingin berubah. Penghijrahan Nik Aidi kembali kepada fitrah asal ini bermula sejak dua tahun lepas.
Sejak dari itu, dia mula menjalani kehidupan seperti lelaki normal lain. Disapa punca penghijrahannya ini, Nik Aidi memberitahu semuanya bermula dengan mimpi. Dalam mimpi tersebut menampakkan saat nyawa diangkat.
Bermula dari situ lah dia mula berasa kesal dan insaf dengan kejadian dalam hidupnya. Setiap hari kita didatangkan berita orang meninggal dunia tak kira tua mahupun muda. Ujarnya lagi, bukan mudah untuk berubah tetapi perlu berusaha sedikit demi sedikit.
BERUBAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Dari segi penampilan diri sehinggalah kini mendalami ilmu agama. Jejaka yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan ini menjelaskan dia selesa dengan gaya lelakinya kini namun buat masa sekarang masih belum bersedia untuk berkahwin.
Biar lah dahulu bertanggungjawab menjaga orang tua nya yang sedang uzur ibunya Mok Tuan Maunah kini 87 tahun dan ayahnya Che Seman Che Well 100 tahun. Kedua mereka perlu diberi tumpuan memandangkan kesihatan mereka tidak mengizinkan.
Dia tidak menolak untuk berkahwin tetapi biarlah dijodohkan dengan pasangan yang baik dan memahami dirinya itu. Diharapkan Nik Aidi terus kuat dijalan ini, dan tidak kalah dengan perasaan lamanya.
Semoga dengan kisah Nik Aidi ini memberikan inspirasi buat kita semua dalam menjadi hambaNya dalam mengenal ilmu agama. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka, yang penting cara kita istiqomah dalam menghadapi dugaan.
Kredit: ohhangat, instagram Nik Aidi Azhar Che Seman