Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masih ada perangai lama! Safiey Ilias beri gambaran untuk kembali, netizen dah agak bakal terjadi

Lama kita tak dengar kisah salah seorang usahawan kosmetik terkenal iaitu Safiey Ilias semenjak dia memilih jalan untuk kembali kepada fitrah asal. Penghijrahannya berikutan kasihan melihat keadaan orang tuanya kini yang ingin melihat dirinya seperti dahulu.

Penampilan terbaru Safiey

DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM UPSR, 5A

Ramai yang tidak tahu, Safiey Ilias ini adalah seorang lelaki biasa yang dilahirkan di Felda Lakum, Lanchang, Pahang pada 19 Mei 1994. Setelah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR, dia dapat menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh, SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah.

Disebabkan sifatnya yang manja dan homesick, Safiey hanya dapat bertahan selama dua minggu sahaja dan kemudiannya mengambil keputusan untuk bersekolah di SMK Datuk Bahaman, berdekatan dengan rumahnya.

Kali kedua kembali kepada fitrah

GAGAL DALAM HIJRAH SEBELUM INI

Namanya dulu menjadi bualan ramai dengan keputusannya untuk berhijrah dari nyah kepada sifat lelaki semula. Rata-rata netizen memberi sokongan penuh kepadanya agar terus kuat semangat. Namun ianya tidak bertahan lama apabila sifat lamanya menguasai semula.

BERSIFAT TUJUAN PEMASARAN PRODUK SEMATA

Jelas Safiey, dia tidak mampu melawan memandangkan iman seseorang itu ada naik turunnya. Secara tidak langsung, netizen rasa tertipu dan mengganggap usahawan kosmetik ini mempermainkan isu agama dan jadikan alasan tujuan pemasaran produk.

Tidak lama kemudian, Safiey dilihat sekali lagi mengumumkan membuang implan dan ingin meneruskan legasi sebagai seorang lelaki memandangkan orang tua sudah pun berumur dan ingin melihat dia kembali kepada fitrah sebelum menutup mata.

Kali kedua mengambil keputusan kembali kepada fitrah

SANGKA KAN PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI

Seolah-olah memberi gambaran kembali kepada perangai lama. Itu lah yang dapat digambarkan apabila beberapa jam lepas, Safiey Ilias ada memuat naik posting di laman instagram miliknya dengan kepsyen masa untu kembali, diselangi gambar nyahnya yang dahulu.

Beri gambaran seolah-olah ada sesuatu akan terjadi

NETIZEN BERHARAP TAK JADI PERANGAI LAMA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membayangkan Safiey akan mengulangi perangainya yang lama. Sekiranya ia benar-benar terjadi sudah pasti perkara ini mencetuskan kemarahan dan buah mulut orang ramai.

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

Tidak terlepas dari itu, netizen meminta agar usahawan ini terus kuat melawan kehendak diri dan jangan mempersia-siakan kepercayaan netizen terhadapnya. Sudah pasti ramai yang suka melihat keadaannya kini yang semakin segak berbanding dahulu.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak diumumkan secari jelas, Cuma dia memberi gambaran seakan-akan menciduk perangai lama. Boleh jadi juga produk baru yang ingin dipasarkannya. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Safiey Ilias, dan dikuatkan semangatnya.

Sumber: Instagram Safiey Illias

Kongsi artikel ini: