Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan penceramah bebas dari negara jiran Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad atau lebih selesa disapa UAS ini. Gaya penyampaian yang sangat sempoi, dekat dengan hati pendengar yang paling menarik unsur humor diselitkan agar suasana ceramah tidak terlalu formal.
PAKAR HADIS DAN ILMU FIQAH
UAS yang berasal dari Asahan, Sumatera Utara ini sering kali dijemput oleh warga Malaysia memandangkan ilmunya khusus berkenaan kajian hadis dan juga perundangan islam atau lebih dikenali ilmu fiqah dimilikinya.
Menyesuaikan topik semasa dengan ilmu agama menjadi keunikan dalam diri UAS ini. Namun siapa sangka, biarpun ilmu penuh di dada ianya tidak menjamin kebahagiaan hidup seseorang itu. Alangkah sedihnya apabila mendapat khabar berita rumah tangga UAS turut diuji.
SAH MELEPASKAN ISTERI
Memetik daripada tribunnews, penceramah tersohor ini dilaporkan telahpun mencraikan isterinya semalam selepas permohanan sedemikian telah pun diluluskan oleh pihak mahkamah syariah wilayah Bangkinang.
UAS bagaimanapun dilihat tidak menghadirkan diri pada hari mahkamah membuat keputusan manakala isterinya Mellya Juniarti datang lewat. Dikatakan UAS telah mendaftarkan perpisahan mereka pada 12 Julai 2019 lagi namun tidak dihebohkan kepada umum.
11 KALI MAHKAMAH BERSIDANG
Menurut jurucakap mahkahmah iaitu Muliyas memberitahu media kemelut rumah tangga mereka sudapun dibicarakan sebanyak 11 kali termasuklah proses rundingan. Namun, tidak terdaya untuk tolak buat kali ke 12.
Dalam pada itu, pasangan ini diberikan tempoh selama 14 hari untuk menerima keputusan mahkamah ini atau boleh membuat rayuan sekiranya bertukar fikiran untuk kembali bersama.
DAKWAAN TIDAK MEMBERI NAFKAH ZAHIR
Dalam mendapatkan punca keretakan rumah tangga dari isteri UAS, Mellya yang berumur 29 tahun, dia enggan memberikan apa-apa komen meskipun ura-ura tersebar UAS kurang memberikan nafkah zahir terhadapnya.
Natijahnya, ujian dalam kehidupan tidak mengira siapa dan juga pangkat. Yang penting sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan agar dijauhi dari perkara yang tidak diingini seperti berlaku pada UAS dan juga Da’i Farhan yang turut mengalami nasib yang sama.
Jadikan kisah mereka ini sebagai peringatan buat kita semua agar sabar dalam menghadapi apa jua keadaan.
Sumber: Tribunnews