Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ramai yang tak menyangka! Tiada lagi si raja balada, Nassier Wahab kembali bertemu Sang Pencipta

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi tersohor dengan lagu Memori Cinta Luka, Dato’ Mohd Nasir Abd Wahab atau nama komersilnya Nassier Wahab. Dia memulakan kerjaya nyanyian sejak 1980 lagi seangkatan dengan Razis Ismail dan juga Jamal Abdillah.

TIADA LAGI SI RAJA BALADA

Namun siapa yang dapat menjangkakan, artis yang sering digelar awet muda tak makan dek zaman sudahpun bertemu Sang Pencipta pada jam 12.45 tengah malam tadi. Dilaporkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Berita pemergian Nassier Wahab ini disampaikan oleh rakan artis iaitu Zur Eda menerusi pesanan ringkas Whatsapp untuk pengetahuan rakan-rakan artis yang lain.

MENGALAMI KETUMBUHAN PADA RAHANG KIRI

Dikatakan Nassier Wahab sebelum ini sering kali mengadu sakit bahagian gusinya sejak 5 tahun yang lalu sehingga diberitakan mengalami ketumbuhan di bahagian rahang kiri. Sejurus kemudian, pada 1 Jun yang lepas, dia telah pun menjalani pembdahan pada bahagian tersebut.

Sebelum ini, bagi melegakan rasa sakitnya itu, Nassier Wahab hanya mendapatkan pil penahan sakit. Namun, ianya mengambil masa yang lama untuk reda iaitu dua ke tiga hari. Doktor pernah menasihati, pengambilan ubat boleh memudaratkan kesihatan.

RAMAI SANGKAKAN NASSIER WAHAB SIHAT

Jalan terbaik adalah melalui pembdahan namun ianya sering ditangguhkan oleh Nassier wahab. Sebelum ini netizen menyangka penyanyi ini nampak sihat kerana aksinya yang bersahaja di atas pentas namun, hanya dirinya sahaja yang tahu keadaan kesihatan yang sebenar.

Benar lah setiap kejadian itu adalah rahsia Tuhan. Kita tidak tahu bila dan waktu untuk kita bertemuNya. Sama sama kita doakan agar arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan.

Kongsi artikel ini: