Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Pencetus Ummah (PU) Abu pernah menghangatkan berita tanah air apabila kisahnya berumah tangga denga seorang usahawan iaitu Hana Azraa. Sejurus kemudian PU Abu dikatakan melepaskan isteri pertamanya iaitu Ain ‘Afini Latif demi mengejar cinta isteri keduanya itu.
BACA: Tak jadi berpisah nasib ada sudi layan! Isteri PU Abu hamil 3 bulan, Hana Azraa banyak ragam
PLOT CERITA HAMPIR SAMA
Tidak disangkal namanya sedikit sebanyak terpalit dengan kisah baru tular seorang ustaz selebriti iaitu Da’i Farhan yang hampir sama plot cerita dengannya. Rata-rata netizen mula berasa tidak selesa dengan pendakwah yang dilahirkan dari program realiti angkara cerita-cerita sebegini.
PU ABU BAKAL MENGERJAKAN UMRAH
Terbaru, PU Abu ada berkongsikan video di laman Instagram miliknya memaklumkan akan berangkat ke kota suci Makah bagi tujuan umrah. Video berkenaan menarik perhatian kerana ramai netizen mula meninggalkan komen agar tidak mengulangi kisah yang sama.
“Maaf atas salah silap yang pernah saya lakukan kepada korang semua.huhu.
Doakan saya dan jemaah selamat serta mendapat umrah yg maqbul..” Tulisnya di ruangan kepsyen.
PELBAGAI REAKSI NETIZEN
Perkongsian PU Abu ini secara tidak langsung dihujani pelbagai komen dari netizen. Ada segelintir pengguna yang berseloroh agar tidak mengikut perangan rakan ustaz selebriti, pergi menunaikan umrah sambil mencari pengganti isteri.
Mereka siap berpesan agar pergi ke sana hanya berniat untuk melakukan ibadat umrah dan jangan terpesong dari niat sebenar dalam mendapatkan umrah yang maqbul.
Namun, ada yang meninggalkan komen positif apabila mendoakan keselamatan perjalanan buat PU Abu. Dilihat netizen sempat menyampaikan pesan kepada PU Agar berdoa buat mereka diberikan rezeki menjadi tetamu untuk sampai ke sana jua kelak.
Dapat dilihat rumah tangga kedua PU Abu kini bersama usahawan kosmetik sangat bahagia. Mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Kebahagian tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian Hana di laman instagramnya.
Bagi penulis, kisah ustaz selebriti yang sedikit sebanyak mengganggu kepercayaan masyarakat kepada mereka. Bukan faktor perkahwinan, tetapi cara mereka berjuang selama mana membimbing isteri-isteri yang dikahwini. Apa pun hanya mereka yang lebih mengetahui tindakan yang dilakukan.
Sumber: Instagram PU Abu