Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama penceramah selebriti iaitu Da’i Farhan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Berikutan perkahwinannya bersama seorang ibu tunggal beranak lapan seolah-olah telah menganiaya isteri pertamanya iaitu Fatin Nur Ain.
BONGKAR PERKARA SEBENAR
Baru-baru ini juga, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Ches Al-Maliki ada mendedahkan perkahwinan da’i ini tidak direstui oleh Fatin bertentangan dengan kenyataan dikeluarkan Da’i Farhan.
LEPAS ISTERI PERTAMA DEMI CINTA MAK JAN
Kisah rumah tangga Da’i Farhan semakin hangat apabila semalam timbulnya khabar angin bahawa dia telah pun melepaskan isteri pertamanya itu. Sejurus selepas itu, dia tampil mengakui bahawa khabar angin itu benar.
HANYA MELALUI RAKAMAN SUARA WHATSAPP
Da’i Farhan memberitahu melepaskan isterinya hanya melalui rakaman suara pada aplikasi whatsapp pada tengah hari semalam. Tambahnya lagi, Fatin kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu dalam menguruskan hal berkenaan.
DAKWAAN MENGURUNG ISTERI
Sebelum ini ada juga kisah mendakwa Da’i Farhan melakukan kekerasan dan mengurung Fatin. Namun, jelasnya itu adalah fitnah dalam menjatuhkan air mukanya dan keluarga.
Dalam pada itu, Fatin kini sedang sarat mengandung anak kedua mereka. Tidak dapat dibayangkan keadaan isteri yang sedang berusaha berjuang terpaksa melalui detik sukar sebegini.
ALASAN DA’I MELEPASKAN FATIN
Difahamkan Da’i Farhan mengambil keputusan ini atas alasan Fatin nusyuz dan bertindak menyebarkan perkara tidak benar yakni menfitnah suami kepada umum. Sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang berbanding membuat keputusan melulu-lulu.
STATUS DIMUAT NAIK OLEH FATIN
SEMOGA BAHAGIA BERSAMA WANITA KAABAH
Dalam pada itu, Fatin dilihat ada memuat naik status di facebook miliknya memberitahu yang dia redha dengan ketentuan ini. Dia turut berkias mendoakan rumah tangga suaminya bersama wanita kaabah.
“Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlalu dan yang akan datang itulah perkara yang perlu saya fokuskan kerana hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.” Luah Fatin di Facebook miliknya.
Semoga kisah DaiI Farhan dan isteri ini sedikit sebanyak memberikan pengajaran buat pasangan suami isteri di luar sana dalam menjaga batas dalam rumah tangga. Jangan mudah untuk mengakui kebenaran meskipun ianya dusta.
Sumber: Facebook Fnama Fatin