Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Usikan Aeril ini cuit hati netizen! 18 kali minta nak baby, kali ke 19 Wawa tiada kekuatan untuk menolak

Pasangan dua sejoli Aeril Zafril dan isteri Wawa Zainal sangat terkenal dengan sikap romantis dan saling melengkapi antara satu sama lain. Boleh dilihat kemesraan yang ditunjukkan di laman sosial menjadikan ramai peminat meminati kehidupan manis mereka berdua ini.

Sumber Instagram

MENERIMA CAHAYA MATA KETIGA

Terbaru, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata ketiga mereka pada 1 Disember lepas. Tahniah penulis ucapkan! Difahamkan Wawa Zainal selamat bersalin bayi perempuan di Hospital Kanak-kanak dan Wanita Andorra, Selangor.

Sumber Instagram

NAMA AYYASOFFYA SEMPENA SEBUAH MASJID CANTIK DI TURKI

Mereka berdua sebelum ini ada memberitahu media bakal memberi nama anak ketiga sebagai AyyaSoffya. Ianya berikutan sempena sebuah masjid yang mereka lewati ketika berada di Turki. Jelas Wawa seni bina masjid berkenaan sangat lah cantik menarik hatinya untuk memilih nama tersebut.

REZEKI SEMAKIN BERTAMBAH

Tidak banyak persiapan yang dilakukan mereka memandangkan sibuk menguruskan produk baru. kehidupan pasangan ini semakin berjaya apabila baru-baru ini dikhabarkan mereka telahpun mempunyai wisma sendiri.

Sumber Instagram

BACA: Mula dari meja bulat kini miliki wisma sendiri! Ini kisah liku hidup Aeril, Wawa sebelum bergelar jutawan

Terbaru, Aeril Zafril sekali lagi mencuit hati netizen dengan berkongsikan momen mendukung anak AyyaSoffya. Yang menjadi perhatian adalah kepsyen yang ditulisnya mengusik Wawa seolah-olah tidak dapat menahan untuk menambah anak sebelum ini.

“18 kali permintaan saya nak baby wawa tolak. Kali yg ke 19 ni, wawa tak da kekuatan nak tolak… dia punya aura tu masyallah…” Tulis Aeril di ruangan kepsyen.

Sumber Instagram

REAKSI NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan kepsyen dari Aeril untuk Wawa. Seolah-olah ayat itu seakan sama kenyataan dikeluarkan oleh seorang penceramah selebriti sejak dua menjak ini.

Sumber Instagram

Disebalik itu, mereka turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini dalam menerima orang baru dalam keluarga. Semoga dengan kehadiran AyyaSoffya ini mengikat lagi kasih sayang antara Aeril dan Wawa serta diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Sumber: Instagram Aeril Zafril

Kongsi artikel ini: