Saling menyindir! Nedim back up isteri selepas netizen persoal pakaian ketat ditampilkan Nora Danish

Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif mencipta nama tersendiri melalui watak komedi dalam drama Puteri. Dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Nora antara selebriti yang memiliki kecantikan semula jadi.

Sumber Instagram

PERSIS ANAK DARA MESKIPUN BERANAK DUA

Meskipun memegang status sebagai ibu beranak dua tidak menghalangnya berpenampilan cantik bak anak dara. Bercakap soal cantik, pasti ada sahaja gambar yang dimuat naik di instagram mendapat perhatian ramai.

Sumber Instagram

GAMBAR PAKAIAN PUTIH MENARIK PERHATIAN SI MATA KERANJANG

Terbaru, Nora Danish ada memuat naik gambar mengenakan baju dan skirt putih di laman instagrmnya. Dengan mengenakan pakaian yang boleh dikatakan agak ketat secara tidak langsung mengundang kepada cakap-cakap lelaki bermata keranjang.

Sumber Instagram

NEDIM MENYINDIR NETIZEN

Pengguna lelaki meninggalkan komen berbaur nakal di gambar tersebut dan mempertikaikan mana tanggungjawab suami, iaitu Nedim dalam menjaga aib isteri. Tidak lama kemudian, Nedim dilihat membalas komen netizen dengan nada menyindir.

Sumber Instagram

“Definitely! Takkan lah nak flat mcm your wallet. Btw careful finishing up your data , u might not have enough to last you till the end of the month.” Balas Nedim.

Dapat dilihat ada individu turut meninggalkan komen bahawa tahu pula marah apabila ada komen berbaur negatif kepada isteri. Tetapi benarkan pula isteri memuat naik gambar sedemikian rupa. Tidak cepat melatah, Nedim secara sinis membalas komen individu berkenaan.

Sumber Instagram

Ramai yang memuji cara Nedim respon kepada kaum lelaki ini. Tidak terlepas, ada pengguna IG meminta agar Nedim tidak mempedulikan individu-individu berkenaan yang langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Sebagai rekod, Nora Danish berkahwinan dengan Nedim pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim. Umum mengetahui bahawa perkahwinan ini adalah yang kedua buat mereka selepas gagal dalam rumah tangga masing-masing.

Sumber: Instagram Nora Danish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *