Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Di sempadan Kelantan-Thailand sedang mengalami bah air kini. Disebalik masyarakat perkatakan itu adalah musibah namun ada individu menjadikan detik itu sebagai suatu kenangan terindah. Baru-baru ini tular gambar pasangan pengantin bergambar dalam keadaan banjir.
PENGANTIN MENGABADIKAN GAMBAR DALAM BANJIR
Seakan-akan seronok dengan momen berlatarbelakangkan air, ramai yang memuji tindakan pengantin tersebut kreatif mengabadikan kisah cinta mereka buat tatapan anak cucu kelak. Kisah tersebut dikatakan berlaku di negara Thailand.
Walau bagaimanapun, ada cerita yang ramai tak tahu berkenaan pengantin ini akhirnya dirungkai oleh netizen.
SUDAHPUN BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI ANAK
Tidak ingin mengeruhkan keadaan, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Syed Busri di laman facebook akhirnya membuka mulut apabila mengakui sudahpun memiliki isteri dan gambar yang tular adalah bersama isteri keduanya iaitu Heedaya.
PERKAHWINAN MENDAPAT RESTU ISTERI PERTAMA
Tidak berdiam diri, dia menjelaskan perkahwinan keduanya direstui dan diketahui oleh isteri pertama. Dia turut meminta agar orang ramai tidak berpandangan negatif perihal rumah tangga mereka. Perkara tersebut turut diakui isteri pertamanya Fateemah Syedstopa.
BERHENTI MENYEBARKAN GAMBAR
Fateemah dilihat turut memuat naik status di laman facebook meminta agar mereka diberi ruang dan memohon agar netizen berhenti dari menyebarkan kisah mereka. Sejujurnya suaminya sangat terkesan dengan penularan gambar perkahwinan keduanya itu.
MEMILIKI TIGA ORANG ANAK
Hasil siasatan di laman Facebook turut mendapati bahawa Syed Busri juga sudah pun mempunyai tiga orang anak. Tidak dijelaskan secara terperinci mengenai perkahwinan keduanya itu. Namun dengan keunikan perkahwinan dalam membanjir menjadikan kisah mereka tular sehingga ke negara kita.
Apa pun di sebalik rumah tangga mereka, isteri pertama sudah pun mengakui dan merestui perkahwinan suaminya itu. Semoga kehidupan bermadu mereka menjadikan perngorbanan terbesar dalam kehidupan mereka ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Syed Busri dan isteri.
Sumber: Facebook Fateema dan Syed Busri