Buat netizen tergamam! Neelofa buat pengumuman mengejut keadaannya bersama MeleTop

Rancangan MeleTop antara rancangan paling trending bagi program hiburan tanah air. Ramai peminat yang pasti menantikan rancangan ini dalam mengetahui kisah semasa dalam dunia hiburan. Format penyampaian bermula dengan carta lagu, filem, gosip dan juga parodi MeleTop membawa rancangan ini dalam kelas tersendiri.

TUNJANG UTAMA ADALAH HOS MELETOP

Antara tunjang kepada MeleTop selama ianya bersiaran sudah pasti dua orang penyampainya iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa. Mereka telah digandingkan bersama sejak 7 tahun yang lalu ketika itu Neelofa berumur 23 tahun dan sedang melonjak naik dalam industri hiburan.

BULAN DISEMBER TERAKHIR NEELOFA BERSAMA NABIL DALAM MELETOP

Program MeleTop yang bersiaran malam tadi bertukar hiba buat seketika apabila Neelofa mengumumkan penarikan diri dari terus mengacara program tersebut. Menurutnya bulan Disember adalah kali terakhir wajahnya akan bersama program ini.

TERLIBAT DENGAN PROGRAM BARU ASTRO

Tidak dapat menahan sebak, Neelofa terpaksa mengundurkan diri demi perjalanan seninya. Tambah Neelofa, sudah pasti keputusan ini sangat berat untuk dibuat memandangkan rancangan ini membesar seiring dengan namanya.

Namun disebabkan bakal terbabit dengan program terbaru yang bakal di bawah kendalian Astro, Neelofa terpaksa menghentikan hasratnya untuk bersama Nabil. Walau bagaimanapun, tidak dijelaskan secara tepat jenis dan bentuk baru program yang bakal dia sertai itu.

KREDIT VIDEO:

Sepanjang Nabil dan Neelofa berganding dalam MeleTop ini, mereka telahpun bersiaran sebanyak 370 episod dan dilihat saling melengkapi dalam menghiburkan penonton. Ibarat pepatah patah tumbuh hilang berganti. Apa pun sama-sama kita nantikan pengganti Neelofa untuk tahun hadapan.

WUJUD HASHTAG KHAS BUAT HOS CANTIK INI

Bagi menghargai dan tanda ucapan terima kasih penglibatan aktres cantik ini, pihak Astro telah pun menyediakan hashtag khas iaitu #ThankYouLofa dan juga #TanyaLofa. Apa pun, semoga maju jaya buat Lofa dalam program terbarunya nanti.

Diharapkan juga dengan ketiadaan Neelofa tidak menjadikan program ini suram mahupun hilang auranya seperti mana sebelum ini.

Sumber: Youtube MeleTop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *